6hb Januari 2020 tarikh Abg Arsyad daftar ke MRSM Ulul Albab Gemencheh kat N. Sembilan.. step pertama, buat medical check up kat klinik gomen.. bayar RM1 je.. kejap je buat; siap x-ray, check darah, gigi, tengahari dah siap.. nak buat kat klinik swasta pon bole cuma bayaran lebih mahal range dlm RM70 - RM120.. semua barang-barang Ummi & Ayah dah siapkan sepanjang cuti sekolah.. Ummi siap buat senarai semak barang keperluan Abg Arsyad supaya takde yang tertinggal.. bole la parent buat rujukan.. harga mungkin berbeza ikut tahun dan tempat.. dokumen semua dilengkapkan; paling penting cop pengesahan dari penghulu.. perasaan tu bercampo baur.. neves ade, eksaited ade, risau pon ade..
kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 4.30 pagi waktu embun jantan menitis ke bumi dan kedinginan angin malam mencengkam sampai ke tulang sum sum.. Ayah guna highway dari Sedenak exit kat Tangkak.. dari Tangkak kami lalu Selandar, Batang Melaka sebab terlepas simpang ke Air Kuning sbb masa tu signal lost!
Alhamdulillah kami sampai kul 8.00 pagi.. disambut para pelajar senior Moncheh (nama manja MRSM Gemencheh).. semua urusan dibuat di dewan utama dan kaunter dibahagi kpd 2; pelajar lelaki & perempuan.. kul 8.15 pagi kaunter dibuka so Ummi pon gi la que tapi ade insiden sedeh di mana seorang bapa memotong barisan dan melulu ke depan masuk terus kat kaunter.. padahal masa tu depan Ummi ade sorang ibu tgh beratur menuggu giliran.. sungguh xde adab sopan.. mata dia tak nampak ke kami2 yang tengah beratur ni.. Allahu..
Setel semua bayaran (kecuali bayaran Wang Caruman), kami dibawa ke hostel oleh pelajar2 senior.. siap tolong angkatkan barang2 sampai bilik.. Alhamdulillah..Abg Arsyad dapat bilik aras bawah.. so tahun ni Ummi tak semput la nak panjat tangga.. hehehehe.. 1 bilik ade 10 pelajar; 2 org setiap tingkatan.. katil Abg Arsyad kat tengah2 diapit katil senior F2 dan F4.. usai mengemas katil dan almari semua, kul 10.50 pagi kami masuk ke dewan semula sbb kul 11.00 pagi ade taklimat dari Pengetua, dan PIBG Moncheh..
Kul 12.30 tghari, perjumpaan bersama Homeroom.. setiap pelajar dibahagikan kepada beberapa homeroom.. Abg Arsyad homeroom Iltizam; bapa homeroom Ustaz Shazwan Amir.. HR ni bertindak sebagai satu family dan bapa/ibu HR akan jaga pljr2 ni sampai F5.. jika ade ape2 masalah bole rujuk bapa/ibu HR.. bagus jugak begitu kan.. cthnye pelajar tak bole pegang duit lebih dari RM30.. duit boleh diserahkan pada cikgu HR utk dipegang so anak2 kite bole minta pada cikgu HR jika perlukan duit.. bole kurangkan risiko duit hilang atau kecurian..
selesai perjumpaan homeroom, break utk solat Zohor.. lepas Zohor taklimat Tasmik pula kat surau.. guru2 tasmik bagi penerangan terperinci ttg perancangan mereka utk pelajar2 ulul albab di Moncheh ni.. Alhamdulillah.. happy Ummi dengar.. tasmik ni tentang subjek hafazan Al Quran.. Ummi doa semoga Abg Arsyad dapat jadi huffaz yang cemerlang di sini.. perjumpaan sampai Asar.. lps Asar, aktiviti bebas keluarga bersama pelajar.. kami keluar carik makan sbb kelaparan.. lepas isi perut, masuk balik dan solat Asar dulu barulah kami beredar pulang.. waktu nak balik tu, mulut Ummi dh jadik mesin bertih jagung pesan macam2 kat Abg Arsyad.. paling Ummi risau camne Abg Arsyad nak baso baju.. hehehe.. masa kami nak beredar tu, mata Abg Arsyad dah bergenang juga.. hati Ummi pon sedih juga tapi Ummi tanak tunjuk depan dia.. Ummi ckp Arsyad bole! kene belajar pandai berdikari dan hormat org.. lps tu kami terus beredar tanpa pusing belakang lagi.. Ummi kuatkan hati; Ummi tak nangis.. cuma nangis dlm hati je.. Alhamdulillah kami smpi umah kul 9.00 malm..
Malam tu kul 11.00 malam Abg Arsyad tepon bgtau sepanjang orientasi, henfon kene pegang dgn abg homeroom so tak bole call.. hepi nye Ummi dpt dengar suara Abg Arsyad.. so bermula la orientasi utk Abg Arsyad..
So tu la coretan pendaftaran Abg Arsyad kat Moncheh.. semoga Abg Arsyad jadi pelajar dan huffaz yang cemerlang :)