Monday, May 25, 2020

RESEPI KUAH LODEH PEKAT MABELES



Bahan Kisar
1. Bawang besar 4 biji
2. Cili kering 10 biji - rendam dengan air panas selama 10 minit
3. Bawang putih 4 ulas
4. Lengkuas 1 inci
5. Serai 2 batang (bahagian putih sahaja)
6. Buah keras 6 biji
7. Kunyit 1 inci
8. Udang kering 3 sdb (rendam dengan air panas selama 10 minit)
9. Belacan 2 sdk (disangai/bakar dahulu)
1/2 cawan air

Bahan-bahan Lain
1. Tauhu 5 keping - potong 2
2. Lobak 4 biji potong batang mancis
3. Kobis cina potong setengah
4. Tempe 5 keping potong nipis (optional)
5. Su'un ikut selera
6. Santan 1 liter
7. Air 1 liter
8. Garam secukup rasa
9. Gula secukup rasa

Cara-caranya
1. Tauhu dan tempe digoreng terlebih dahulu.
2. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar dan tumis dengan api sederhana hingga pecah minyak.
3. Masukkan santan dan air. Kacau untuk elak santan pecah minyak.
4. Masukkan kobis dan su'un. Masak hingga sayur lembut.
5. Masukkan tauhu dan tempe goreng. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Gaul rata dan tutup api setelah mendidih.

RESEPI SAMBAL GORENG ASLI JAWA



Bahan Hiris
1. Cili api 20 tangkai
2. Cili besar 6 tangkai
3. Bawang merah 10 ulas
4. Bawang putih 10 ulas
5. Halia 1 inci

Bahan Tumbuk
1. Lengkuas 1 inci
2. Ikan bilis 1 setengah genggam

Bahan Potong & Goreng
1. Tauhu 6 keping
2. Tempe 6 keping
3. Kentang 5 biji
4. Kacang panjang
5. Udang
6. Pedal ayam

Bahan-bahan Lain
1. Santan 1 cawan
2. Air asam jawa
3. 3/4 cawan
4. Tauhu kering (fucuk) & so-on (direndam 1 jam)
5. Kicap manis 4 sudu
6. Kicap pekat 5 sudu
7. Gula 3 sudu
8. Garam secukup rasa.

Cara Masak
1. Masukkan lengkuas dan ikan bilis yang ditumbuk ke dalam minyak yg panas. Biar sampai naik bau.
2. Masukkan bahan-bahan hiris. Tumis sampai naik bau.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau sebati.
4. Masukkan santan. Biar sampai menggelegak.
5. Masukkan udang, kacang panjang, pedal ayam, tauhu, tempe dan kentang. Kacau rata.
6. Masukkan kicap pekat dan kicap manis.
7. Masukkan garam dan gula.
8. Biarkan kering sedikit.
9. Masukkan fucuk dan so-on yang telah dipotong-potong terlebih dahulu.
10. Masak hingga kering. Lepas tu dah bole hidang.

RESEPI RENDANG DAGING MINANG



Daging lembu 3kg

Bahan Kisar
1. Serai 7 btg
2. Kunyit 2 inci
3. Halia 2 inci
4. Lengkuas 2 inci
5. Bawang besar 7 biji
6. Bawang putih 1 buku
7. Lada kering 1 genggam (kisar asing)

Bahan-bahan lain
1. Bawang besar 15 biji (hiris)
2. Daun kunyit 5 helai
3. Daun limau purut 1 genggam
4. Santan 2kg
5. Asam keping 2 kpg
6. Gula secukup rasa
7. Garam secukup rasa
8. Cili padi 10 biji - ditumbuk (optional)

Cara masak
1. Masukkan santan ke dalam kuali yg telah dipanaskan.
2. Masukkan bahan kisar, daun kunyit, cili kisar dan bawang hiris.
3. Biarkan sampai menggelegak.
4. Selepas 45 minit, kuah dah nampak kering sedikit, masukkan daging. Kacau dan biarkan utk kering lagi.
5. Selepas 15 minit, masukkan sedikit gula dan asam keping.
6. Selepas 1 jam 30 minit, masukkan 3 sudu teh garam dan limau purut.
7. Biar dan tunggu hingga rendang kering.
8. Selepas rendang kering dan berwarna gelap, matikan api dan boleh dihidangkan.


Tuesday, May 12, 2020

ZAHIN'S HOME BIRTH STORY

MY HBAC STORY
HBAC stands for home birth after cesarean. VBAC, vaginal birth after cesarean. It’s essentially a VBAC performed as a home birth.

***Nota penting***
Setiap kelahiran itu istimewa bagaimanapun caranye.. dan SETIAP IBU itu tetap ibu luar biasa tak kira bagaimanapun cara bersalinnya.. yang aku tulis ni bukan sesuatu yang wajib atau perkara yang haya betul perlakuannya.. dan bukan juga bertujuan mengajak pembaca melakukan perkara yg serupa atau mempromosikan homebirth.. perlu difahami setiap kehamilan & kelahiran itu sgt unik.. cara ini mungkin berjaya utk aku & baby tetapi mungkin tidak sesuai utk ibu & baby yang lain.. so pertimbangan yg sgt wajar amat penting :)

Alhamdulillah! Syukur... terima kasih Ya Allah...

Aku dah selamat lahirkan putera ke-2 merangkap anak ke-4 kami pada hari Selasa, 21 Oktober 2014 pada pukul 4.40 pagi secara home & gentle birth! Allahuakbar.. mcm tak percaya pon ade.. tapi kebergantungan tinggi pada Allah dalam menciptakan badan yg sempurna untuk melahirkan seorang khalifah akhirnya aku berjaya VBAC dengan option home unassisted birth; proses kelahiran tanpa tenaga medik, hanya aku dan suami..

Sebenarnye sebelum masuk minggu ke 36 peknen, aku tgh pening2 memikirkan sama ada nak bersalin normal atau czer.. kalo ikut xnak sakit, mmg nak pilih elective czer tapi terfikir jugak kalo tetiba nak tambah anak lagi 3-4 org, kene la pilih normal birth.. mmg konfius time tu..

Tetiba at 36 weeks, aku tergerak hati nak jenguk grup ICAN  Malaysia / VBAC Support kat FB.. grup yg byk bagi info & support utk kelahiran normal selepas pembedahan.. info2 yg diorang share banyak buat aku tersedar, membuka mata & hati aku tentang keindahan bersalin normal.. so bile aku dah nekad nak VBAC, aku selalu berfikiran positif & visualise perkara yang baik2 je.. sentiasa bersangka baik & bersyukur dengan Allah.. thanx to Sofia Azyze yg rajin layan pertanyaan aku :X

eh panjang lak intro kan.. 

39 weeks & 1 day.. tengahari baru sampai umah balik dr umah MIL kat BP.. kemas2 umah then pas solat Zohor aku tertido keletihan.. nape ntah letih sgt2 rasanye time tu.. terjaga kul 4 lebeh, aku rasa dah ada mild surges.. fyi, setiap anak aku mmg start dr mild surges sampai 12 jam ke kelahiran jadi aku dh bole bajet.. ptg tu jugak aku ajak hasben gi beli tilam, ubat Yunnan Baiyoo, air zam2 (tp abis plak kt kedai) dengan kurma.. preparation utk homebirth.. sebelum tu lagi aku dah amalkan minum 1.5 liter teh daun rasberi dan homeopathy mix birth untuk kuatkan dalaman di samping amik supplement & proper dietry sebab aku GDM (kencing manis ketika hamil).. 

aku pilih drybirth je meaning xde kolam² bagai.. rumah kecik so sempit nak bentang kolam.. so malam tu layan jela surges yg dtg atas tilam baru, plastik pon tak bukak lagi.. aku apply teknik pernafasan hypnobirth & buat pelbagai gerakan, squatting la, hip swing la, all four la, naik turun tangga la sampai anak2 tengok pon pelik je ibu diorang ni.. tapi semua tu mmg membantu kurangkan rasa sakit surges tu.. rasa lebih tenang.. mlm tu jugak aku baru terhegeh2 google 'stages of labor' sbb nak tau bile active labor dengan transitional labor sbb tu je bab aku lom khatam.. hehehe.. pada aku sgt penting tau fasa2 tu sbb sepanjang aku layan contractions ni, aku langsung x kira bape jarak setiap contractions.. sbb aku xnak stress asyik nak kira mende tu.. aku sempat pm pada sis Rosliza Alias pasal uri tapi aku x sempat baca ape yg sis Rosliza reply sbb time tu aku dah masuk surges yg kuat.. xleh dah nak ngadap henfon lg..

bile surges makin mengganas, aku up lagi teknik hypnobirth dengan hummimg.. sambil visualise baby turun lalu birth canal.. aku cakap2 dengan baby yg kami akan sama2 berjaya, aku bgtau baby yg dia anak yg kuat dan pandai cari jalan keluar.. semua aku fikir yang indah2 je.. sambil tu aku x lupa ucap terima kasih Allah sbb bagi aku peluang untuk bersalin normal.. encek suami plak sesiap tidokan anak2 pastu tolong picit2 blakang.. bile aku dah penat menonggeng/all four/squatting, aku baring mengiring belah kanan kat tilam.. aku cuba tido tapi x bole.. just mcm khayal2 jer tapi yg besh khayal perkara yg indah2 dan happy.. Ya Allah bende2 tu buat aku x rasa sgt surges yg datang.. dan perkara paling best aku dapat berzikir sepanjang proses bersalin tu.. dan biler dah masuk active labour di mana surges dtg bertalu2, aku lebihkan zikir dari teknik pernafasan.. Subhanallah mmg terasa sakit menahan surges tu kurang.. encek suami plak sambil urut2 blakang sambil nyanyikan lagu2 zikir.. rasa nak nanges ok sbb selama aku bersalin yg lepas² x pernah rasa ala2 romantik & intimate camni hihihihi.. selama ni bersalin kat spital terikat atas katil dengan strap CTG.. mmg stress gile sbb tahan sakit sorang2 dan xleh nak bergerak bebas.. pastu dokter asyik dtg seluk2 nak tau dah bukak bape cm.. bile homebirth ni cuma ade suami & anak2 je, tu pon anak2 dah tido.. hehehe.. sambil2 tu sempat jugak gurau dgn encek suami, aku cakap kalo x tahan aku nak czer jela.. encek suami plak asyik tanye nak panggil ambulans tak? aku geleng.. 'we can make it' aku cakap & dia angguk je..

area kul 4.00am aku rasa dah masuk fasa transitional labor.. sbb aku rasa berat je kat bawah.. dan surges yg dtg x sekuat time active labor tapi lebih panjang contractionsnye.. mmg rasa nak meneran je.. plus aku rasa mcm nak muntah pon ade.. aku teruskan zikir.. dalam kepala otak ni bz pikir 'eh dah bole teran ke tak ni?' sbb kalo terlalu awal meneran pon nnt rahim bengkak.. so aku rileks dulu, layankn ajer surges.. kul 4.30am, surges yg dtg mmg buat aku mcm nak teran sgt2 so aku tau it's time! aku on all four & bgtau encek suami to get ready, baby is coming out.. so encek suami pon standby kat belakang.. surges dtg jer, aku terus teran dan pop! air ketuban pecah campur darah kemudian kepala baby yang kluar dulu dgn tapak tangan kanan dia kat pipi.. terdengar encek hasben berkali2 megucap 'Allahuakbar' sbb ni adelah first experience dia sambut baby.. encek suami bgtau masa kluar kepala tu, dengan slowly kepala baby berpusing mengadap dia, siap baby bukak mata dan mulut dia gerak2.. sgt amazing kan kuasa Allah! encek hasben tanye 'nak tarik ke camane ni?' sbb baru kluar kepala je so I said 'wait, tunggu contractions dtg lagi'.. pastu aku tanye whether kepala baby ade terbelit cord ke tidak & luckily xde.. then bile another surges come, aku teran dan terus badan baby meluncur ke tangan encek suami..

lepas diazankan, encek suami hulur baby kat aku untuk skin to skin tapi aku luper nak bukak baju.. kekeke.. he's so calm x nangis langsung sampai kami plak risau sbb selalu kan baby kluar2je nangis.. rasa lega bile tengok baby bukak mata & bernafas dgn baik.. my baby 'bersih' sbb mcm xde salut2 vernix tu.. rambut baby byk salut darah kering.. maybe sbb minum air kelapa,org tua2 kata baby bersih.. wallahu'alam.. dalam 10 minit gitu, aku rasa ade surges lagi so aku pon teran & encek suami slowly tarik placenta kluar.. alhamdulillah complete.. first time aku tengok uri! besar jugak rupernye, kembang cam cendawan.. sementara saya 'rooming in' & wat 'delay cord clamping', encek suami bersihkn tempat kejadian.. then lepas sejam, baru encek suami potong tali pusat baby ikat dengan cable tie plastik tu.. trus aku breastfeed baby sbb mulut dia trus kuit2 carik susu sbb time baby masih attached dgn cord, dia langsung xnak latch pon.. anak2 plak dah bangun dan teruja bile tengok adik baby tetiba je dah ade.. hihihihi.. 

Alhamdulillah.. semua selamat.. perasan tu sebenarnye x terungkap dengan kata2.. sangat2 berbeza rasanye compared pada kelahiran yg lepas2.. aku banyak belajar walaupon aku pernah czer, tapi aku mampu untuk bersalin normal sbb aku yakin dengan Allah, aku percayakan badan aku yg mmg diciptakan sempurna utk kelahiran alami dan yg paling utama aku dapat bersalin dengan rasa bahagia dan tenang.. tanpa sebarang CTG, VE (nak cek bukaan), enduce, episotomi, para sorak, tekanan untuk push walaupon xde contraction dan CZER.. Terima kasih Ya Allah :)

**Pukul 8 pagi tu call KK.. warded hospital 5 hari utk Zahin on antibiotics sbb lahir kat rumah; doc monitor utk postpartum infection.. Alhamdulillah semua ok.. semua urusan report, registration dipermudahkan.

Friday, May 01, 2020

MY SELF THERAPY

Related Posts with Thumbnails