Saturday, September 22, 2012

LATE BESDAY PRESSIE

besday aku aritu 13/9.. encek abie just buatkan majlis kecil kat pendidikan khas; order bakso & 2 biji kek.. kire aku celebrate ngan anak2 murid & rakan2 cikgi.. gamba kat hp member lom bluetooth lagik adeii..

xterfikir plak pasal hadiah sbb dah wat majlis pon kire bersyukur :)

minggu ni aku dah stat cuti so dari hari rabu sampai jumaat smalam aku folo abie gi keje.. sib baik opis dalam Angsana so aku bole la jalan2 cuci mata.. kalo penat aku lepak je kat opis Abie..

smalam tetiba je Abie hulur paperbag.. sengih2 cam kerang busuk..
ingatkan ape la.. biler nengok isi dalam rupernye kotak jam..
wahh dapat jam tangan bonia ko~ walaupon ekcelinye aku bukan fan bonia..
tapi jam ni sgt cantik.. tq sgt2 abie.. terharu~ uhukkkss

Sunday, September 16, 2012

PENGORBANAN SEORANG ISTERI

Pengorbanan seorang isteri...

seboleh mungkin dia akan cuba menutup kesusahan hidupnya bersama suami demi menjaga maruah suami kerana dia tidak mahu kaum keluarganya memandang rendah pada suaminya. menjaga rahsia rumah tangga dan ‘aib’ suami menjadi perjuangan dalam hidupnya.

dia tidak pernah merungut kenapa dia harus menanggung sakit bersalin dan berpantang lepas bersalin. sebaliknya dia boleh tersenyum selepas mengalami kesakitan yang tidak tertanggung sewaktu bersalin. selepas berhempas-pulas bersabung nyawa, beberapa minit kemudian dia boleh melemparkan senyum puas bila menatap wajah suami dan wajah anak yang masih merah. bukan cerita sakit bersalin yang diluahkan pada suami, tapi cerita gembira menimang cahaya mata.

sanggup memilih hospital kerajaan ketika bersalin walaupun dia tahu waktu melawatnya terhad dan dia akan bersalin hanya ditemani bidan tanpa suami di sisi kerana mahu menjimatkan perbelanjaan suaminya.

dia hanya senyum dan tertawa apabila rakan-rakannya heboh bercerita tentang hadiah hari ulangtahun perkahwinan mereka mendapat perhiasan emas. walaupun hatinya terdetik mahu tapi dia tahu kemampuan si suami maka lebih baik dia berdiam diri.

suka membelikan suami hadiah ketika keluar ke mana-mana walaupun suaminya tidak pernah berbuat begitu. sedih hatinya bila hadiah yang diberi sering dikomen suami.

sanggup melawan emosi dan berusaha memberi anak susu badan demi menjimatkan perbelanjaan keluarga.

selalu memikirkan keadaan suami lebih dari keadaan dirinya sendiri.

sanggup berusaha memasak dari makan di luar supaya dapat berjimat.

sering terpaksa melupakan hasrat untuk berpakain cantik, berkasut cantik, berhandbag cantik demi untuk menampung perbelanjaan keluarga jika bajet suami tidak mencukupi.

tidak pernah berkira setiap kali terpaksa menanggung perbelanjaan harian jika duit suami tidak mencukupi.

cukuplah dikatakan bahawa sebagai suri dalam rumah tangga, si isteri umumnya menanggung (suffer) banyak perkara. seorang isteri sanggup berkorban kerana dia rela mengutamakan, mendahulukan dan melebihkan suami berbanding dirinya.

memang kadangkala dia merungut. memang dia ada membebel dan mengungkit. memang dia ada meluahkan rasa sakit hati bila melihat suami berehat-rehat ketika dia sibuk melakukan ops dapur, ops bilik air, ops bilik tidur, ops halaman dan pelbagai ‘ops’ lagi. kerana bukan semua suami yang mahu berkongsi melakukan kerja-kerja di rumah, bukan semua suami bersikap ‘sporting’ dan tahu menghargai susah payah seorang isteri.

dia mengharap sedikit tanda berterima kasih dari suami tetapi tidak sanggup meluahkannya dengan kata-kata. hanya gerak-geri atau ‘bahasa badannya’ saja yang berbicara. kalau suami faham, fahamlah. jika tidak, isteri selalunya akan hanya memendam perasaan. hatinya mengharap dan meminta tanpa kata-kata. atau dia akan meluahkan rasa di atas kertas. bila suami dilihat langsung tidak menghargai, waktu itu mungkin coretan di kertas mengganti lidah berbicara.

suami yang faham akan menambah motivasi untuk isteri melalui ucapan terima kasih, kata-kata pujian, belaian, kasih sayang, sikap prihatin, turut membantu dan sekali-sekala memberinya hadiah. segala penat, segala lelah dan segala penanggungan akan hilang bila semua itu suami hargai.

Wednesday, September 12, 2012

SONGSANG & ECV

smalam gi checkup mingguan.. dah masuk 36 minggu dh kene seminggu sekali gi KK..
time ni patutnye check dgn nurse je..


biler check perut, missy kate macam kepala dah kat bawah..
time ni dah kembang idung sbb xyah gi jumpa pakar..
tapi nurse soh jumpa doc utk scan utk konfemkan..
so memula doc check perut dulu, dia pon cakap kepala dah pusing ke bawah..
eppi nye rasa time ni.. dlm hati syukur bole normal delivery..
tapi hatiku remuk balik biler scan rupernye baby still breech..
ruper2nye bontot baby yg disangka kepala..
missy tu siap cakap 'kerasnye bontot dia cam kepala'..

so aku kene la gi HSA jumpa pakar jumaat ni :(
dah la esok 13.9.2012 besday aku (huhuh xde kaitan pon)
kalo 38w pon still breech, kene la pakar pusingkan cam gamba ni..
ramai kate kaedah ni sakittt sgt TT_TT wuu wuuu wuu!~
kaedah ni namanye ECV ( External Cephalic Version )


ECV - External Cephalic Version ialah satu kaedah yang digunakan untuk memusingkan kedudukan bayi yang songsang pada kedudukan yang sepatutnya supaya boleh bersalin normal. ECV hanya boleh dibuat pada kandungan songsang yang tidak mempunyai komplikasi. ECV hanya boleh dilakukan oleh doktor pakar dalam bidang O&G yang bertauliah sahaja, dibantu oleh beberapa peralatan dan sepatutnya dibuat di hospital yang mempunyai kelengkapan/persediaan pembedahan ceasearean (jika perkara tidak diingini berlaku).

Ini kerana ECV boleh menyebabkan APH atau pendarahan waktu mengandung kerana pelbagai sebab antaranya abruptio placenta atau uri tertanggal samaada sepenuhnya atau sebahagian yg merupakan insiden yg bahaya yg patut dielakkan. Bayi juga kemungkinan terbelit dengan tali pusatnya sendiri. disebabkan faktor inilah doktor akan membuat ECV dengan pemerhatian yang teliti menggunakan kaedah scan dan memerhati pergerakan jantung bayi menggunakan CTG. usia kandungan juga kena tepat iaitu pada minggu ke 36 atau lebih supaya jika sesuatu berlaku bayi tersebut boleh dilahirkan segera dan tidak timbul masalah tidak cukup bulan. Jangan sesekali mendapatkan khidmat bidan kampung, keputusan yang realistik dan bijak harus diambil bagi memastikan keselamatan ibu dan lebih2 lagi bayi.

Sebelum melalui prosedur ini biasanya pakar obstetrik akan melakukan pemeriksaan dan penilaian bagi memastikan kandungan tersebut telah memenuhi kriteria yang membolehkan prosedur itu dijalankan. Namun, kaedah ini mesti dilakukan oleh profesional yang terlatih dengan kaedah ini, dan harus dilakukan berdekatan dengan kemudahan kecemasan supaya pembedahan kecemasan atau seasarean dapat dilakukan jika perlu. Mesin CTG atau cardiotocograph iaitu mesin untuk melihat corak aktiviti jantung perlu bagi memantau pegerakan jantung bayi samaada normal atau sebaliknya disamping mesin ultrasound bagi melihat kedudukan bayi dan menentukan corak pusingan samaada pusing mengikut arah jam atau lawan jam. selalunya prosedur ini tidak menganbil masa yang lama paling kurang dalam 15 minit, dan dilakukan secara memusing sedikit demi sedikit. Kebiasaanya, selepas melakukan ECV, 'pesakit' akan ditahan diwad paling lama untuk satu hari bagi memantau pergerakan jantung bayi dan merehatkan si ibu itu sendiri.

-Sumber dari http://www.anamarzablog.com/2009/02/apa-itu-ecv.html-

skang ni aku ngeriiiii biler pikir ECV & C-ZER!!!!! TT_TT


Monday, September 10, 2012

CHECKUP @ 36 WEEKS

laswik gi cheekup utk 36w.. jumpa doc..
biler scan, doc kate kepala baby tegak kat atas..
dats mean bby aku breech @ songsang..
doc kate kalo dah 36w ke atas, susah nak terbalik semula..

aku trus down.. aku xnak la kene potong2 ni..
aku lebih rela bersalin normal..
doc kate mmg bole bersalin normal even breech tp if baby kecik..
tapi tetap ade risiko to baby la..

doc nak refer aku ke HSA.. jumpa pakar & buat ape yg patut..
hmpp rasa skeriii plak..
kalo bole aku nak bersalin kat spital pontian je..
kalo kat HSA, dgn ramai org, susah parking, wad ngan labour room jauh jauh..
toilet pon jauh, kene kongsi ramai2.. @_@
rasa nak nanges..

skang ni aku jadik makin sensitip..

time marhaban kat umah ayah aritu

Monday, September 03, 2012

SET BERSALIN TANAMERA

Pas bace a few reviews, aku decided amik set Tanamera ni..42
first time nih amik set bersalin yg mahal..
memandangkan sejak wat side income ni, alhamdulillah so berani la bli yg agak mahal.. Arsyad dulu aku pakai salindah & Qayla aku pakai set HPA je..
memandangkan aku breastfeeding, aku mmg xnak bli set yg berasaskan jamu..
sebab nnt misti aku tak pakai & jadi membazir je..
membazirkan amalam shaitoonnn so no..no..noo ye~
ekceli pikir byk kali jugak time nak bli ni.. byk kali jugak diskas ngan Abie..
Abie ckp dia ok je mane2 set yg aku pilih..

packaging pos yg sangat kemas.. tabik!!!
Set Tanamera ni aku bli direct dr website Tanamera.. 
harga dia RM360 termasuk pos..
sangat senang berurusan dgn kastemer servis dia; just emel je..
pastu tranfer duit, emel kan bukti pembayaran..
hari isnin aku tranfer duit, esoknye dah dapat!!!
memang aku tabik spring toink yong yong la kat CS dia sbb sgt efisyen..
owh kredit jugak kat abg skynet yg bawak van dgn pantas utk delivery.. hihihi


biler dapat je, aku sangat2 tabik pada packaging dia.. CANTEK & KEMAS hokeyy..
ce tengok gamba tu xde kemek2 pon kanss??
aku rasa antara packaging tercantik antara set2 bersalin yg ade kat pasaran..
time ni aku rasa duit yg aku labur sebanyak RM360 tu mulai berbaloi.. huhu

skang ade promotion dapat free 1 botol VCO
Set bersalin Tanamera ni ada:
  1. Minyak Kelapa Dara : sapu pada miss V dan diminum umpama air selusuh
  2. Herba Pembersih Wanita : menyahbau dan penyembuhan luka
  3. Minyak Urut Herba : utk pembuangan angin dan lenguh di badan
  4. Tapel : menegangkan otot dan kulit kendur di perut
  5. Teh Herba : panaskan badan dan melancarkan peredaran darah
  6. Pilis : pes herba yang disapu kat dahi
  7. Skrub Badan Boreh : mengurangkan tompok hitam
  8. Sabun mandi herba : mengurangkan tompok hitam di bahagian pelipat badan
  9. Herba Mandian : menyegarkan badan
  10. Air Bunga Lavendar : memberikan aroma kesegaran diri
  11. Bengkung
Siap ade buku panduan lagi terangkan ttg kandungan & cara penggunaan


aku harap aku akan pakai set ni sampai abes seme... hehehe.. baru berbaloi dengan duit yg dilaburkan.. eceh ade hati ni nak kurus murus time pantang.. haishh bole ke tak ek.. 2 kelahiran anak aku seme xberjaya sbb xleh kawal napsu makan.. yg ke-3 ni aku nak try usahakan.. wish me luck ye ;)

Related Posts with Thumbnails