Wednesday, September 12, 2012

SONGSANG & ECV

smalam gi checkup mingguan.. dah masuk 36 minggu dh kene seminggu sekali gi KK..
time ni patutnye check dgn nurse je..


biler check perut, missy kate macam kepala dah kat bawah..
time ni dah kembang idung sbb xyah gi jumpa pakar..
tapi nurse soh jumpa doc utk scan utk konfemkan..
so memula doc check perut dulu, dia pon cakap kepala dah pusing ke bawah..
eppi nye rasa time ni.. dlm hati syukur bole normal delivery..
tapi hatiku remuk balik biler scan rupernye baby still breech..
ruper2nye bontot baby yg disangka kepala..
missy tu siap cakap 'kerasnye bontot dia cam kepala'..

so aku kene la gi HSA jumpa pakar jumaat ni :(
dah la esok 13.9.2012 besday aku (huhuh xde kaitan pon)
kalo 38w pon still breech, kene la pakar pusingkan cam gamba ni..
ramai kate kaedah ni sakittt sgt TT_TT wuu wuuu wuu!~
kaedah ni namanye ECV ( External Cephalic Version )


ECV - External Cephalic Version ialah satu kaedah yang digunakan untuk memusingkan kedudukan bayi yang songsang pada kedudukan yang sepatutnya supaya boleh bersalin normal. ECV hanya boleh dibuat pada kandungan songsang yang tidak mempunyai komplikasi. ECV hanya boleh dilakukan oleh doktor pakar dalam bidang O&G yang bertauliah sahaja, dibantu oleh beberapa peralatan dan sepatutnya dibuat di hospital yang mempunyai kelengkapan/persediaan pembedahan ceasearean (jika perkara tidak diingini berlaku).

Ini kerana ECV boleh menyebabkan APH atau pendarahan waktu mengandung kerana pelbagai sebab antaranya abruptio placenta atau uri tertanggal samaada sepenuhnya atau sebahagian yg merupakan insiden yg bahaya yg patut dielakkan. Bayi juga kemungkinan terbelit dengan tali pusatnya sendiri. disebabkan faktor inilah doktor akan membuat ECV dengan pemerhatian yang teliti menggunakan kaedah scan dan memerhati pergerakan jantung bayi menggunakan CTG. usia kandungan juga kena tepat iaitu pada minggu ke 36 atau lebih supaya jika sesuatu berlaku bayi tersebut boleh dilahirkan segera dan tidak timbul masalah tidak cukup bulan. Jangan sesekali mendapatkan khidmat bidan kampung, keputusan yang realistik dan bijak harus diambil bagi memastikan keselamatan ibu dan lebih2 lagi bayi.

Sebelum melalui prosedur ini biasanya pakar obstetrik akan melakukan pemeriksaan dan penilaian bagi memastikan kandungan tersebut telah memenuhi kriteria yang membolehkan prosedur itu dijalankan. Namun, kaedah ini mesti dilakukan oleh profesional yang terlatih dengan kaedah ini, dan harus dilakukan berdekatan dengan kemudahan kecemasan supaya pembedahan kecemasan atau seasarean dapat dilakukan jika perlu. Mesin CTG atau cardiotocograph iaitu mesin untuk melihat corak aktiviti jantung perlu bagi memantau pegerakan jantung bayi samaada normal atau sebaliknya disamping mesin ultrasound bagi melihat kedudukan bayi dan menentukan corak pusingan samaada pusing mengikut arah jam atau lawan jam. selalunya prosedur ini tidak menganbil masa yang lama paling kurang dalam 15 minit, dan dilakukan secara memusing sedikit demi sedikit. Kebiasaanya, selepas melakukan ECV, 'pesakit' akan ditahan diwad paling lama untuk satu hari bagi memantau pergerakan jantung bayi dan merehatkan si ibu itu sendiri.

-Sumber dari http://www.anamarzablog.com/2009/02/apa-itu-ecv.html-

skang ni aku ngeriiiii biler pikir ECV & C-ZER!!!!! TT_TT


2 comments:

aNgeL pUTiH said...

taking care rina!! tetiba aku pun seriauuu.. uhukss!!

Ms.Rainna said...

skang aku redha je la...

Related Posts with Thumbnails