Friday, June 06, 2014
ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS
Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya
terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah
'what you give, you get back'. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama
manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita.
Yakinlah ketetapan-Nya mutlak dan muktamad, siapa yang
memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu
dipanggil 'golden rule'!
Ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya
dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak
memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang
melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula
kepada pembalingnya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment