Saturday, March 08, 2014

MANUSIA KEJAM

kite ade adab...
nak meminta pon kene ada adab...
mak ayah kan dah ajar cara beradab...

tapi sbb rasa diri sempurna sgt... rasa diri gah sgt sampai pandang manusia lain seperti xde maruah...
sesuka hati pijak maruah saudara kandung sendiri yg lebih tua...
sesuka hati menunjal2 & menampar muka suami saudara kandung sendiri...
sesuka hati menyepak perut saudara kandung sendiri yg tengah hamil...

apa hak dia?
dasar manusia apa tu?
besar sangat ke darjat dia?

yela..
pakai beg lv, chanel berbelas ribu
pakai kete vellfire, tersalah sebut alphard kene marah
pakai pakaian branded
barangan anak2 pon cecah beribu
beli rumah ratusan ribu
pakai braces harga 6k
pergi holiday sane sini
buat status fb untung beribu2 usd main pelaburan

itu pon kate kene aniaya, hidup susah..
suaminye x dpt sambung master sbb xde duit..
anaknye sakit xde duit..
TAPI NAPE KEHIDUPAN MEWAH & BOROS?

itu la agaknye jenis manusia putar belit dan biadap...
hidup nak senang lenang duduk rumah sampai sanggup aniaya saudara kandung sendiri...
walhal saudara kandung itu sendiri siang mlm kerja mencari rezeki yg jenis 'untung sabut timbul'.. berjimat cermat utk tampung kehidupan.. tiada barangan mahal.. kereta pon kecil..
lebih kejam bila jatuhkan hukum buang saudara...

biarlah.. hanya Allah je yg layak membalasnye..
semoga Allah berikan dia hidayah..

Tuesday, September 03, 2013

RINDU

dh lama aku sepi kat sini...
kadang2 rindu bertamu..
tapi bile aku ke sini, hatiku sendu..
terlalu sendu...

Thursday, March 14, 2013

Amalan Bagi Menajamkan Penglihatan Mata

In Sha Allah

Saya suka bertanya dengan orang alim dan ustaz2. Amalan ini saya dapat daripada ustaz sebelah biik guru saya (Ustaz Mazni), dipercayai ilmu tok-tok guru di pondok. InsyaALLAH berkesan kurangkan rabun dan tajamkan penglihatan. Saya kongsikan :

Semasa anda semua menjawab azan, apabila terdengar laungan أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca ayat ini:

فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬

(sila rujuk surah qaf (ق) ayat yg ke 22)

Kemudian hembus dekat belakang ibu jari seperti dlm gambar, lepas tu, gosok belakang ibu jari tu kat kedua2 mata.. (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri)

# Ustaz pesan, ia juga membantu dengan khasiat ayat Al-Quran merawat penyakit mata dan JANGAN salah niat, nanti terbuka hijab nampak benda tak elok. Tapi NIATKAN mata dibuka hijab memilih jalan kebaikan dan pilihan yang terbaik (jodoh,kerjaya, sebagainya) . Jom amalkan, perkongsian ikhlas Pakar diari hati.

* Gambar jari PDH di meja guru (sebelah meja Ustaz Mazni)

InsyaAllah, ni salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita. :)

Friday, February 08, 2013

PESANAN BUAT SUAMI


Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Monday, December 24, 2012

CUTI-CUTI MALAYSIA

13 - 15 November 2012

tahun ni first time kitorang gi holiday..
x caye ek? sile le percaya..
pas 5 tahun kawen, ni ler yg pertama kali..
ni aku pecah lobang yg kitorang xpenah gi hanimun..
ni la yg pertama kali gi holiday pas beranak 3!
mulakan dengan di dalam negara dulu..

ekceli tak rancang pon.. tetiba je Abie cakap jom gi holiday..
pagi2 hari selasa tu la terkemut2 depan pc mencarik hotel..
memula nak gi Penang tapi cam jauh sgt ler plak..
las2 Abie nak gi Cameron nak makan stroberi..
layannnn.. so zass mencari hotel..

mula mula usha homestay.. seme full booked..
same goes to hotel.. tepon tepon seme kate penuh..
dah la rate time cuti skola ni mahaiii
tapi x kisah seme tu janji dapat bawak anak anak holiday..
las las kitorang TRY book pakai Agoda.com..


nak book pakai agent ni sah2 la kene bayar online pakai kad kredit..
TAPI AKU X PENAH ADE KAD KREDIT..
sib baik la Abie dah activated kan 'sesuatu' pada kad debit Maybank kitorang so dapat la wat transaction macam pakai kad kredit.. phewww~

akhirnye CAMERON HIGHLAND AKU DATANG!!!
kitorang bertolak 2 ptg dari Pontian & sampai ke Simpang Pulai tu dah malam..
ughh dah la jalan naik tu berpusing pusing @_@ yaaaa ammmppun..
tapi sebab aku darah O so aku staedy je x mabuk or muntah.. hehehe

sampai Hotel Heritage dah dekat tengah malam.. tapi bebudak ni xletey plak..
ligat semacam.. eksaited kot dapat gi jalan jalan jauh..

Gud morning cameron~
Arsyad dgn sarapannye
BB Feiyaz yg gebush gebush







haaaa hamek bantai letak gamba banyak2.. malas dah nak tulis sbb rasanye sama je citer kalo gi cameron.. petik stroberi, beli kaktus, minum2 teh.. just aku x pegi pasar malam dia sbb aku malas nak melayan kerenah bebudak ni.. hihihihi

pastu dari cameron, kitorang bertolak balik kg encek hasben; Pengkalan Chepa.. stay sane 4 hari pastu bertolak ke KL plak sbb encek Abie ade kursus.. hari rabu baru kitorang balik pontian.. fhewww perjalanan yang panjang..tapi aku rasa seronokkkk sgt sbb spent masa dgn hasben dan anak2 spashly dalam kete!

Pontian --> Cameron Highland --> Pengkalan Chepa --> KL --> Pontian
13 - 21 November 2012 

Monday, November 12, 2012

PETUA MENJADI SUAMI HEBAT

1. Imam Solat - Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan Ilmu-ilmu Agama - Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami Yang Matang - Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak - Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami Yang ‘Independent’ - Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai Prinsip dan Pendirian - Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga Anak-anak Bersama Isteri - Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga dua kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Jadilah Suami Serba Tahu - Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.

Thursday, November 01, 2012

BETAPA BERHARGANYA DIA

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu…

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2…jika seorang isteri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu, disaat kau terperuk terlalu dalam.

Wahai suami2…jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-yiakannya.. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu… Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKITnya yang disebabkan perbuatanmu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini? 

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..TUTUR katanya merupakan KEBENARAN…SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya… PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi kamu dan anak2mu…

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa…Dia TERHARU dan MENANGIS
bila melihat KESENGSARAAN pada org2 yg dikasihinya…Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya…Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN…Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 perkara.
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”.

Sunday, October 28, 2012

MY C-ZER PANTANG WAY

aku dah merasa deliver normal & deliver c-zer..
pada aku biarlah normal dari c-zer sbb penjagaan after deliver leceh sket..
ni aku share sket cara berpantang base on pengalaman sendiri..
ekceli cara pantang ni yg normal pon bole folo ;)

hari first, sbb aku c-zer pagi so by noon kesan bius dah ilang.. tapi alhamdulillah aku x rasa sakit or pedih.. cuma seriau je takut jahitan terbukak.. doktor dah suruh aku makan dan jalan sket2, jgn baring je atas katil.. time nak bangun & turun katil tu mmg la sgt2 slow dan lemah sket.. pas magrib, nurse datang bukak saluran kencing & suruh aku pakai pad ngan spender.. nak angkat kaki punye la hazabb..tapi as long as xsaket sgt bersyukur.. breastfeed my baby feiyaz pon agak haru jugak la sbb xleh nak mengiring so tiap kali nyusukan baby kene duduk; dah ler nak bangun tu payah T_T so blakang aku mmg saket dan penat..

2nd day, doktor bukak plaster tempat c-zer tu.. so far, seme ok; kencing ok, kentut ok, makan ok, tempat jahitan pon xde masalah.. mak aku buat air pegaga & markisar utk bagi tenaga dan kesihatan dalaman.. cewahh.. tapi aku pelik nape aku asyik lapar je pas c-zer so aku mmg makan je la time kat wad tu.. pihak spital bagi bubur je la tapi akuasyik soh kat suami beli roti & air milo sbb aku rasa cam xkenyang makan bubur.. hahah klaka plak kalo pikir balik..

bile dah balik umah, bermula la pantang yg sebenar.. seminggu aku xmandi sbb takut tempat operation xkering.. mmg xselesa sgt badan sbb main lap2 je.. hari ke-5 aku stat berurut selama 3 hari dan pakai bengkung.. pas urut tu badan rasa ringan jer sbb dapat bertungku.. c-zer bole je nak berurut asalkan xganggu tempat c-zer tu.. bengkung plak aku pakai jenis yg strap je mak aku punye..
pati ni aku makan hari2 selama 2 minggu.. tiap pagi pas brekfas misti mak aku dah letak tepi soh minum.. sib baik la tekak aku masih bole terima bau dan rasa harwany ni..

jeli gamat ni tukang urut yg suggestkan.. dia kata bagus utk orang2 operation.. sbb gamat tu fungsinye mempercepatkan proses penyembuhan luka.. jeli ni aku makan sampai abes sebotol selama 2 minggu.. buat sapu kat luka luar pon bole..
dasat tak ruper dia? mak aku xde nak siang2.. terus campak dalam kuali je goreng.. tapi sebelum tu dia rebus dulu kasi ikan ni kluarkan lendir so lendir2 tu aku kene minum.. pehh bau dan rasa dia lebih 'hebat' dari pati harwany hokey! then yg goreng ni for sure la aku kene makan dgn nasik panas.. kicap adelah DILARANG sama sekali sbb nnt parut ko berbekas hitam..
selain Tanamera, aku pakai mende alah ni pas mandi.. lotion mustajab utk sapu kat perut biar buang angin; krim haruan aku sapu kat tempat c-zer utk keringkan luka & minyak herba tanamera ni aku sapu satu badan biar panas xmasuk angin takut sejuk nnt kene bentan..

2 minggu terawal pantang mmg aku rasa diri aku ni 'busuk' dan selekeh sbb kene pakai mende alah ni seme.. tapi bagus jugak sbb suami xdatang dekat >:D hihihihi.. lagipon aku pantang ni dok bilik seperate dari suami ngan anak2.. so bole la aku berehat aman bahagia dengan baby Feiyaz je sbb Arsyad & Qayla encek Abie yg handle seme..

but sampai skang aku AVOID ayam, telur dan seafood kecuali ikan la.. sbb diorang ni bole buat tempat jahitan tu gatal2 dan lambat kering spashly luka bahagian dalam.. skang aku dah xpakai lotion mustajab tu tapi ganti ngan lotion Felinna.. tetap panas tapi wangiiiii.. krim haruan pon aku still apply & tambah lagi dgn pil makan dari produk yg sama utk luka dalaman.. buah oren pon hari2 aku bedal utk vitamin C sbb bagus utk penyembuhan dalaman juga..

okey, slamat berpantang ;)

Tuesday, October 02, 2012

LITTLE 'F'

Assalammualaikum.. welcome into the world little F :)
24 September 2012
8.36 pagi : 3.75kg
c-sect breech

Bilik 24 : wad kelas 1
Hospital Sultanah Aminah

UPDATE***

genap 7 hari, si kenit F ni dah selamat dicukur botak, disunat & didaftarkan nama.. aku & abie pilih nama ni semoga Feiyaz menjadi seorang yang berbakti, mulia dan berjaya dunia & akhirat.. Insya Allah...

sebelum cukur
pas cukur.. feiyaz si botak chin~


Monday, October 01, 2012

CERITA C-SECT

as korang tau, aku nye delivery adelah planning c-sect sbb breech presentation.. ewahh ayat ikut dlm surat dokter.. so ahad lepas pepagi buta aku dah jejak HSA.. berkobar-kobar ni nak masuk wad.. sampai xbrekfes.. time kat bhgn pendaftaran, aku memang mintak wad kelas 1 & sib baik dapat.. taraaa luaskan bilek aku? bilek ni sharing 2 katil.. ade ekon, tv, toilet luas, tong sampah pon sampai 4, sinki 2 luar dalam, layanan  dari atenden - nurse - sister - doktor pon firstt classss~ series aku rasa sgt2 di pampered time kat sini.. xkisahlah nurse ke, dokter ke, seme akan cakap 'sori ye, maaf ye.. nak injek ni sakit sikit..' at least aku xde la mimpi ngeri masuk spital gomen ni.. yg aku ngeri nak c-sect je.. heheheh
Makanan pon ok.. ni makanan org yg belom c-sect lagi ye.. nasi ayam black pepper tu.. pastu malam sebelom di suruh pose, aku mintak abie belikan nasi goreng paprik.. haahah melantak sebelum pantang..

tengah malam ade MO (medical officer @ doktor yg freshie) datang nak cucuk wayar drip.. aishhh ngeriii tengok jarum yg panjang tu.. sib baik sekali try trus dapat.. kalo x mmg aku nanges la jawabnye..

pastu kul 4 pagi nurse kejut bgtau aku orang first yg akan masuk OT (operation theater) kul 8 pagi.. lega weh dengar sbb aku tammo lambat2 kene bedah sbb xnak pose lama2..  nurse bagi baju putih utk pakai time ke OT.. arghhh mak dah xkeruan bile kenang nak kene potong2 ni.. 

kul 7, sesiap mandi, nurse datang nak masukkan salur air kencing.. masukkan drip.. kasi minum air gula utk elak gastrik dan sesiap di sorong ke OT.. masuk je OT, terasa kesejukkan mencengkam sampai ke tulang hitam.. ecece ayat dramatik sket.. tapi diorang ade alat pemanas letak kat tepi aku so aku rasa selesa je.. pastu pakar bius dah stat injek2 ni.. pergh time bius tu mula mengganas, terus aku rasa nak muntah.. kepala trus cam weng.. tapi aku rasa doktor letak ubat tahan muntah kot sbb selang 5 minit, aku dah rasa normal balik.. 

babak seterusnye sah2 la kene potong & jahit.. sedar2 nurse bawak baby tepi aku soh bgtau jantina anak.. owh aku dengar dia nanges time kluar tu :) sbb aku amik spinal, separuh sedar.. kat gomen x digalakkan amik pengsan penuh sbb risiko pada ibu..
akhirnye nitemare berakhir.. bile bius dah ilang, mmg rasa nyilu dan berat je perot.. nak gerak mmg lembab la.. paling sadis time nak breastfeed baby sbb xleh nak mengiring so kene duduk.. sakit pinggang TT__TT.. sampai aku xtahan tepon abie kul 3 pagi soh tolong jaga baby sbb baby ni memalam taknak tido.. siang kemain berdengkur (tipu je hehehe).. sib baik nurse yg jaga wad tu bagi masuk kejap.. bole la aku rest..

by petang isnin tu, aku dah bangun dan berjalan sbb dokter mmg soh kite gerak.. Allah je tau perasaan aku.. haihhss kesimpulannye c-zer ni mmg leceh.. banyak kene cucuk sbb pas operate pon kene injek cair darah byk kali..  lom kire cucuk lain.. sbb tu aku lebeh rela sakit bersalin normal dari c-zer.. tapi ye la rezeki anak kan lain2.. so kali ni merasa la kene potong.. huhuhuhuhu

aku stay HSA selama 4 hari 3 malam.. czer mmg lama sket diorang tahan sbb nak monitor.. timer kaseh pada abie temankan sayang ye.. sib baik la HSA ade sediakan bilik sewa rm5/sehari.. bilek pon selesa cam bilik wad aku just diorang share 6 orang.. cam wad kelas 2 la.. tp murah giler kan??? kalo tak, harus la encek abie tido dalam kete.. hihhihihi.. yg paling aku bersyukur, seme bil adelah FOC.. jimat.. tq kerajaan malaysia ^__^

Saturday, September 22, 2012

LATE BESDAY PRESSIE

besday aku aritu 13/9.. encek abie just buatkan majlis kecil kat pendidikan khas; order bakso & 2 biji kek.. kire aku celebrate ngan anak2 murid & rakan2 cikgi.. gamba kat hp member lom bluetooth lagik adeii..

xterfikir plak pasal hadiah sbb dah wat majlis pon kire bersyukur :)

minggu ni aku dah stat cuti so dari hari rabu sampai jumaat smalam aku folo abie gi keje.. sib baik opis dalam Angsana so aku bole la jalan2 cuci mata.. kalo penat aku lepak je kat opis Abie..

smalam tetiba je Abie hulur paperbag.. sengih2 cam kerang busuk..
ingatkan ape la.. biler nengok isi dalam rupernye kotak jam..
wahh dapat jam tangan bonia ko~ walaupon ekcelinye aku bukan fan bonia..
tapi jam ni sgt cantik.. tq sgt2 abie.. terharu~ uhukkkss

Sunday, September 16, 2012

PENGORBANAN SEORANG ISTERI

Pengorbanan seorang isteri...

seboleh mungkin dia akan cuba menutup kesusahan hidupnya bersama suami demi menjaga maruah suami kerana dia tidak mahu kaum keluarganya memandang rendah pada suaminya. menjaga rahsia rumah tangga dan ‘aib’ suami menjadi perjuangan dalam hidupnya.

dia tidak pernah merungut kenapa dia harus menanggung sakit bersalin dan berpantang lepas bersalin. sebaliknya dia boleh tersenyum selepas mengalami kesakitan yang tidak tertanggung sewaktu bersalin. selepas berhempas-pulas bersabung nyawa, beberapa minit kemudian dia boleh melemparkan senyum puas bila menatap wajah suami dan wajah anak yang masih merah. bukan cerita sakit bersalin yang diluahkan pada suami, tapi cerita gembira menimang cahaya mata.

sanggup memilih hospital kerajaan ketika bersalin walaupun dia tahu waktu melawatnya terhad dan dia akan bersalin hanya ditemani bidan tanpa suami di sisi kerana mahu menjimatkan perbelanjaan suaminya.

dia hanya senyum dan tertawa apabila rakan-rakannya heboh bercerita tentang hadiah hari ulangtahun perkahwinan mereka mendapat perhiasan emas. walaupun hatinya terdetik mahu tapi dia tahu kemampuan si suami maka lebih baik dia berdiam diri.

suka membelikan suami hadiah ketika keluar ke mana-mana walaupun suaminya tidak pernah berbuat begitu. sedih hatinya bila hadiah yang diberi sering dikomen suami.

sanggup melawan emosi dan berusaha memberi anak susu badan demi menjimatkan perbelanjaan keluarga.

selalu memikirkan keadaan suami lebih dari keadaan dirinya sendiri.

sanggup berusaha memasak dari makan di luar supaya dapat berjimat.

sering terpaksa melupakan hasrat untuk berpakain cantik, berkasut cantik, berhandbag cantik demi untuk menampung perbelanjaan keluarga jika bajet suami tidak mencukupi.

tidak pernah berkira setiap kali terpaksa menanggung perbelanjaan harian jika duit suami tidak mencukupi.

cukuplah dikatakan bahawa sebagai suri dalam rumah tangga, si isteri umumnya menanggung (suffer) banyak perkara. seorang isteri sanggup berkorban kerana dia rela mengutamakan, mendahulukan dan melebihkan suami berbanding dirinya.

memang kadangkala dia merungut. memang dia ada membebel dan mengungkit. memang dia ada meluahkan rasa sakit hati bila melihat suami berehat-rehat ketika dia sibuk melakukan ops dapur, ops bilik air, ops bilik tidur, ops halaman dan pelbagai ‘ops’ lagi. kerana bukan semua suami yang mahu berkongsi melakukan kerja-kerja di rumah, bukan semua suami bersikap ‘sporting’ dan tahu menghargai susah payah seorang isteri.

dia mengharap sedikit tanda berterima kasih dari suami tetapi tidak sanggup meluahkannya dengan kata-kata. hanya gerak-geri atau ‘bahasa badannya’ saja yang berbicara. kalau suami faham, fahamlah. jika tidak, isteri selalunya akan hanya memendam perasaan. hatinya mengharap dan meminta tanpa kata-kata. atau dia akan meluahkan rasa di atas kertas. bila suami dilihat langsung tidak menghargai, waktu itu mungkin coretan di kertas mengganti lidah berbicara.

suami yang faham akan menambah motivasi untuk isteri melalui ucapan terima kasih, kata-kata pujian, belaian, kasih sayang, sikap prihatin, turut membantu dan sekali-sekala memberinya hadiah. segala penat, segala lelah dan segala penanggungan akan hilang bila semua itu suami hargai.

Wednesday, September 12, 2012

SONGSANG & ECV

smalam gi checkup mingguan.. dah masuk 36 minggu dh kene seminggu sekali gi KK..
time ni patutnye check dgn nurse je..


biler check perut, missy kate macam kepala dah kat bawah..
time ni dah kembang idung sbb xyah gi jumpa pakar..
tapi nurse soh jumpa doc utk scan utk konfemkan..
so memula doc check perut dulu, dia pon cakap kepala dah pusing ke bawah..
eppi nye rasa time ni.. dlm hati syukur bole normal delivery..
tapi hatiku remuk balik biler scan rupernye baby still breech..
ruper2nye bontot baby yg disangka kepala..
missy tu siap cakap 'kerasnye bontot dia cam kepala'..

so aku kene la gi HSA jumpa pakar jumaat ni :(
dah la esok 13.9.2012 besday aku (huhuh xde kaitan pon)
kalo 38w pon still breech, kene la pakar pusingkan cam gamba ni..
ramai kate kaedah ni sakittt sgt TT_TT wuu wuuu wuu!~
kaedah ni namanye ECV ( External Cephalic Version )


ECV - External Cephalic Version ialah satu kaedah yang digunakan untuk memusingkan kedudukan bayi yang songsang pada kedudukan yang sepatutnya supaya boleh bersalin normal. ECV hanya boleh dibuat pada kandungan songsang yang tidak mempunyai komplikasi. ECV hanya boleh dilakukan oleh doktor pakar dalam bidang O&G yang bertauliah sahaja, dibantu oleh beberapa peralatan dan sepatutnya dibuat di hospital yang mempunyai kelengkapan/persediaan pembedahan ceasearean (jika perkara tidak diingini berlaku).

Ini kerana ECV boleh menyebabkan APH atau pendarahan waktu mengandung kerana pelbagai sebab antaranya abruptio placenta atau uri tertanggal samaada sepenuhnya atau sebahagian yg merupakan insiden yg bahaya yg patut dielakkan. Bayi juga kemungkinan terbelit dengan tali pusatnya sendiri. disebabkan faktor inilah doktor akan membuat ECV dengan pemerhatian yang teliti menggunakan kaedah scan dan memerhati pergerakan jantung bayi menggunakan CTG. usia kandungan juga kena tepat iaitu pada minggu ke 36 atau lebih supaya jika sesuatu berlaku bayi tersebut boleh dilahirkan segera dan tidak timbul masalah tidak cukup bulan. Jangan sesekali mendapatkan khidmat bidan kampung, keputusan yang realistik dan bijak harus diambil bagi memastikan keselamatan ibu dan lebih2 lagi bayi.

Sebelum melalui prosedur ini biasanya pakar obstetrik akan melakukan pemeriksaan dan penilaian bagi memastikan kandungan tersebut telah memenuhi kriteria yang membolehkan prosedur itu dijalankan. Namun, kaedah ini mesti dilakukan oleh profesional yang terlatih dengan kaedah ini, dan harus dilakukan berdekatan dengan kemudahan kecemasan supaya pembedahan kecemasan atau seasarean dapat dilakukan jika perlu. Mesin CTG atau cardiotocograph iaitu mesin untuk melihat corak aktiviti jantung perlu bagi memantau pegerakan jantung bayi samaada normal atau sebaliknya disamping mesin ultrasound bagi melihat kedudukan bayi dan menentukan corak pusingan samaada pusing mengikut arah jam atau lawan jam. selalunya prosedur ini tidak menganbil masa yang lama paling kurang dalam 15 minit, dan dilakukan secara memusing sedikit demi sedikit. Kebiasaanya, selepas melakukan ECV, 'pesakit' akan ditahan diwad paling lama untuk satu hari bagi memantau pergerakan jantung bayi dan merehatkan si ibu itu sendiri.

-Sumber dari http://www.anamarzablog.com/2009/02/apa-itu-ecv.html-

skang ni aku ngeriiiii biler pikir ECV & C-ZER!!!!! TT_TT


Monday, September 10, 2012

CHECKUP @ 36 WEEKS

laswik gi cheekup utk 36w.. jumpa doc..
biler scan, doc kate kepala baby tegak kat atas..
dats mean bby aku breech @ songsang..
doc kate kalo dah 36w ke atas, susah nak terbalik semula..

aku trus down.. aku xnak la kene potong2 ni..
aku lebih rela bersalin normal..
doc kate mmg bole bersalin normal even breech tp if baby kecik..
tapi tetap ade risiko to baby la..

doc nak refer aku ke HSA.. jumpa pakar & buat ape yg patut..
hmpp rasa skeriii plak..
kalo bole aku nak bersalin kat spital pontian je..
kalo kat HSA, dgn ramai org, susah parking, wad ngan labour room jauh jauh..
toilet pon jauh, kene kongsi ramai2.. @_@
rasa nak nanges..

skang ni aku jadik makin sensitip..

time marhaban kat umah ayah aritu

Monday, September 03, 2012

SET BERSALIN TANAMERA

Pas bace a few reviews, aku decided amik set Tanamera ni..42
first time nih amik set bersalin yg mahal..
memandangkan sejak wat side income ni, alhamdulillah so berani la bli yg agak mahal.. Arsyad dulu aku pakai salindah & Qayla aku pakai set HPA je..
memandangkan aku breastfeeding, aku mmg xnak bli set yg berasaskan jamu..
sebab nnt misti aku tak pakai & jadi membazir je..
membazirkan amalam shaitoonnn so no..no..noo ye~
ekceli pikir byk kali jugak time nak bli ni.. byk kali jugak diskas ngan Abie..
Abie ckp dia ok je mane2 set yg aku pilih..

packaging pos yg sangat kemas.. tabik!!!
Set Tanamera ni aku bli direct dr website Tanamera.. 
harga dia RM360 termasuk pos..
sangat senang berurusan dgn kastemer servis dia; just emel je..
pastu tranfer duit, emel kan bukti pembayaran..
hari isnin aku tranfer duit, esoknye dah dapat!!!
memang aku tabik spring toink yong yong la kat CS dia sbb sgt efisyen..
owh kredit jugak kat abg skynet yg bawak van dgn pantas utk delivery.. hihihi


biler dapat je, aku sangat2 tabik pada packaging dia.. CANTEK & KEMAS hokeyy..
ce tengok gamba tu xde kemek2 pon kanss??
aku rasa antara packaging tercantik antara set2 bersalin yg ade kat pasaran..
time ni aku rasa duit yg aku labur sebanyak RM360 tu mulai berbaloi.. huhu

skang ade promotion dapat free 1 botol VCO
Set bersalin Tanamera ni ada:
  1. Minyak Kelapa Dara : sapu pada miss V dan diminum umpama air selusuh
  2. Herba Pembersih Wanita : menyahbau dan penyembuhan luka
  3. Minyak Urut Herba : utk pembuangan angin dan lenguh di badan
  4. Tapel : menegangkan otot dan kulit kendur di perut
  5. Teh Herba : panaskan badan dan melancarkan peredaran darah
  6. Pilis : pes herba yang disapu kat dahi
  7. Skrub Badan Boreh : mengurangkan tompok hitam
  8. Sabun mandi herba : mengurangkan tompok hitam di bahagian pelipat badan
  9. Herba Mandian : menyegarkan badan
  10. Air Bunga Lavendar : memberikan aroma kesegaran diri
  11. Bengkung
Siap ade buku panduan lagi terangkan ttg kandungan & cara penggunaan


aku harap aku akan pakai set ni sampai abes seme... hehehe.. baru berbaloi dengan duit yg dilaburkan.. eceh ade hati ni nak kurus murus time pantang.. haishh bole ke tak ek.. 2 kelahiran anak aku seme xberjaya sbb xleh kawal napsu makan.. yg ke-3 ni aku nak try usahakan.. wish me luck ye ;)

Thursday, August 30, 2012

SAYANG ABIE KETAT2

Las year aku dah pasang impian nak pakai beg jenama 'jurulatih' ni..
tapi disebabkan sesuatu aku xjadi nak beli.. aku cuba pujuk hati cakap yg seme beg sama je; tempat letak barang & mekap.. yg beza just brand je.. huhuhu

Tapi hati aku masih teringat2 kat Coach ni.. 
xde la hari2 tapi aku selalu la serfing2 cuci mata nengok beg coach ni..
Dapat nengok pon jadi la.. ntah hape2 je kan ^_^

Sejak kami buat biz ni, Alhamdulillah rezeki tu ade lebih..
Apelagi kan? sah2 coach hunting bermula..
Pada aku beg coach ni cantik, branded, stylo & still affaordable..
Brand cam LV, Gucci, Channel mmg stylo tapi range of design sangat kurang & sangat memerah poket..
so aku rasa Coach is the best choice ^_-

aku ni memilih sket.. aku lebih suka leather..
browsing punye browsing, aku sangat berkenan dengan bag ni..
dia ade banyak kaler tapi mostly blogshop yg aku tanye kate kene pre-order..
ade jugak yg bgtau kat coach.com dah xde..
sib baik aku jumpa jugak satu blog ni dia ade ready stock & harga dia pon ok..
kaler cherry red sangat cantek.. beg dia sgt spacious..
aku rasa worth it la bli sbb bole masuk tab ngan pampers anak.. hehe

Madison Leather Abigail Shoulder Bag

1st raya aku pakai Abigail coz nak letak 2-3 pampers & tab sbb beraya byk umah.. kaler blok btol kan? tapi tetap gojes.. hihihi :P~

then ade satu lagi beg coach yg aku berkenan sangat2..
beg ni limited edition & kat coach.com cepat sold out..
mula2 aku cam rasa xde harapan je nak dapatkan beg ni..
tapi blogshop yg aku bli abigail tu janji bole carikan aku beg ni..
tapi kene pre-order.. 
xkisah la asalkan dapat & d besh part  beg ni bole dpt b4 raya..
kire ni beg raye aku la ^_^

Madison Diagonal Pleated Sophia Satchel

beg yg ni kecik sket je dari Abigail tapi still muat letak tab..
aku suka sbb pattern dia unik; leather yg dilipat2..
dedua aku beli kaler merah.. xtau la nape aku sgt suka dengan kaler merah..
^_^ so far cukup la 2 beg ni.. 
syukur akhirnye dapat jugak memiliki ape yg aku idam..
bukan sbb ape2 pon tapi KEPUASAN yg dirasai biler dapat pakai sesuatu yg kite jatuh cinta :)


Mekaseh Abie sbb sponsor beg sayang..
Sayang Abie ketat-ketat..
Abie kate pakai dedua beg ni sampai lunyai baru bole bli beg lain..
hihihihihi ^_^

Friday, August 17, 2012

SELAMAT HARI RAYA~

smalam ikut abie gi keje.. sbb aku dah stat cuti tapi dia blom lg..
Qayla aku anta bbsitter & Arsyad stay umah je.. bagus anak2 aku hehehe

sampai Angsana kul 10am, orang dah stat ramai.. mmg aku dah agak sbb ramai org dah stat cuti so misti ramai yg datang serbu Angsana spashly orang melayu sbb Angsana mmg syurga org melayu.. pas abie setel seme keje2 dia, kitorang gi servis kete dulu.. time kuar parking tu, perghhh mmg dah penuh parking angsana sampai kete parking kat luar2 until area LHDN.. hebatttt.. aku xsempat nak merayau kat Angsana sbb ingatkn pas servis kete nak patah balik Angsana tapi xjadi.. aku ajak abie gi JJ tebrau nak carik baju peknen raya & baju baby..

sampai JJ, manusia xramai pon.. aku rasa sbb seme org gi Angsana kot.. lgpon JJ bukan ade banyak choice baju raya.. yg dalam JJ pon xbrape menarik.. aku terus gi baby dept utk carik baju bb.. kali ni seme baju aku pilih kaler putih atau kaler unisex.. kire play safe la ni sbb aku tatau gender baby aku.. bli pon xbanyak sbb bb kan cepat besar.. yg dlm gamba tu je la, nnt ulang2 pakai.. hihihihi


pastu turun ke woman dept, trus amik je 4 lai baju peknen yg seme kalernye pepel.. mentang2 la dis year tema pepel so aku just amik yg kaler pepel.. gi fitting room tapi ramai sgt plak tgh Q so aku trus je gi bayar.. malangnye JJ skang xde member sale ke watsoeva.. yg sale yg ade sticker kaler tu je la.. so baju peknen xde sale & aku rasa time pose ni harga baju peknen makin mahal lak.. xde yg rm49, seme bantai rm59 & rm69.. ish ish ishhh.. xpe la at least dapat gak redeem sampul raya JJ yg cantik tu kire ok la kan?


tahun ni mostly bank2 seme lokek nak kasi sampul raya.. xmacam last2 year kan? apsal eh? kebajikan kastemer dah xpenting ke? padahal bank2 ni kan makin kaya.. iskk geram plak.. nak sampul raya pon dah macam mintak sedekah je.. alasannye, dah abes atau xde, yg ade utk staff je.. ape la.. ni jela sampul raya yg aku dapat tahun ni..

dari kiri : 
Affin Bank - sbb tuko duit raya, Ambank - sbb mak anak murid aku keje situ, GMH - kompeni abie keje & Aeon - every rm50 bole redeem 1 peket..

Di kesempatan ini kami sekeluarga ingin menyusun 10 jari memohon maaf andai kata ade salah silap kami di mana2 pada saudara-mara & sahabat handai.. selamat menyambut syawal!~

klik gambar utk lebih jelas

Saturday, August 11, 2012

MANE SATU YE???

dah masuk 32 weeks.. tapi satu hape preparation pon xdak.. andai kate aku terberanak skang mmg haru la.. patutnye time2 gini dah prepare bag dalam kete kan for emergency wat so eva..

sian la baby dlm perot ni sbb dis time aku cam bermalas-malasan jer.. baju baby pon xdak ni! hish hish.. nak scan perot pon malas.. harapkan scan kat klinik je.. so sampai skang aku tatau gender baby aku.. nampaknye aku kene beli kaler safe la iaitu putih!

skang ni baru terhegeh2 nak survey set bersalin la, set botol baby la.. ngengada kan? bukan ngengada tapi malas.. huhuhuhu.. skang ni aku tatau la nak pilih mane satu.. dedua cam besh jer..

Philips Avent Natural Starter Set

Tommee Tippee Closer to Nature Feeding Starter Set

Untuk set bersalin, bace pasal set Tanamera ni cam besh sbb dia bukan berasaskan jamu.. dah 2 anak beli set yg berasaskan jamu bukan makan pon sbb aku breastfeed kan.. takut baby panas & senang kene jaundice.. so membazir.. tapi Tanamera ni dari herba dan bahan semula jadi.. tengok harga mmg mahal tapi haihh hati ni tertarik sgt nak try..


TAPI

set bersalin NR (Nona Roguy) pon cam besh jugak -_- haishhh


MANE SATU YE???


Sunday, July 22, 2012

MENTALITI KOLOT

Kalo orang kaya beli barang2 branded, snapped gambar barang2 mahal pastu tempek kat blog orang akan cakap "dia bole la kaya, memang banyak duit" & trus folo blog org tu sbb syok tengok barang2 branded...

TAPI...

kalo kite tau orang tu biasa2 jer tapi beli barang2 branded, snapped gambar barang2 yang dia beli pastu tempek kat blog MESTI orang akan cakap "ishh nak berlagak la tu, nak tunjuk duit dia banyak.." dan trus diumpat bagai...

nampak tak ade kontra kat situ???
orang kaya VS orang biasa

persamaan pulak adelah = duit ade banyak / mampu beli

nape misti mentaliti jadi berbeza??? orang biasa x bole ke nak beli barang2 branded??? kalo dia mmg ade duit lebih, mampu beli yg mahal2, nape cam jaki?

biler org kaya beli barang mahal2 nape x kutuk? oh yes, aku tau.. org kaya akan dikutuk biler diorang beli barang2 murahan..

kesiankan pada orang yg ade mentaliti kolot ni.. u're so pathetic!!!

nway Ramadhan dah tiba kembali... harap2 tahun ni aku dapat berpuasa penuh so aku bole dapatkan rekod 3 tahun berturut2 pose penuh!! caiyok! caiyok! pada semua umat Islam selamat menjalani ibadah berpuasa :)

pic frm mr.google

Monday, July 16, 2012

MANE SATU PILIHAN HATI

laswik skali lg aku & encek abie gi deting kat CS..
sebab utama nak makan kat SG..
pastu aku trus menuju ke tempat yg aku dah aim..


jeng.. jeng.. jeng!!!
De Gem AGAIN!!!
tapi kali ni bukan diamond tapi emas..
aku dah aim satu gelang emas kat situ..
skali biler aku cek balik design yg aku minat tu rupernye rantai leher daa!~
T_T so terpakse la survey design lain..
ekceli kat De Gem ni xbyk sgt la emas kuning dia tapi design not bad..
since De Gem ni x kene kan cas upah, sbb tu la aku sanggup dtg balik ke situ.. heh!
sbb tempat lain seme kenekan cas upah yg mostly starting rm150++ bagi gelang tangan.. las2 aku amik design munge2
pilihan encek abie sebenarnye.. dia kate cantik kalo pakai dgn baju kurung..
oleh sbb dia yg pengeluar dana, maka I ok jerss :P~
lagipon cas upah gelang tu pon dah rm400++ so untung la aku kat situ..


sebelum tu aku ikut member aku gi Wah Chan..
banyak design yg latest2 & cantek2.. mmg ade design yg aku berkenan sgt..
tapi biler pikir kene cas upah, trus aku xjadi..
(tapi sebenarnye masih terbayang2 gelang itu sbb design dia mmg taste aku)
aku cuba belajar utk jatuh cinta kat gelang yg encek abie pilih ni,
walaupon sebenarnye bukan taste aku..
(larikkk.. kalo hasben aku bace ni misti dia sekeh aku kang :P)

yeyeyeye!! gelang raye dah ade ;) pasni nak cari gelang kaki utk tuan puteri plak
** cepat bli emas sbb dekat raya nnt harga emas naik lagi..
Related Posts with Thumbnails