Tuesday, June 09, 2020

RESEPI ASAM PEDAS AYAM


Bahan Kisar
1. Bawang besar 2 biji
2. Bawang putih 6 biji
3. Halia 1.5 inci
4. Kunyit 1 inci
5. Lengkuas 0.5 inci

Bahan Lain
1. Ayam 1 ekor
2. Bunga kantan 1 batang (belah 2)
3. Serai 1 batang (diketuk)
4. Daun kesom 1 genggam
5. Asam jawa 2 sb
6. Belacan
7. Cili padi 6 biji (tumbuk)
8. Cili kisar 6 sb
9. Tomato 3 biji
10. Bendi 10 batang

Cara Masak
1. Panaskan minyak masak
2. Masukkan cili api yg ditumbuk, gaul smpi naik bau.
3. Masukkan serai
4. Masukkan bahan kisar dan gaul hingga sedikit garing dan dan naik bau.
5. Masukkan cili kisar dan belacan dan biar sampai pecah minyak.
6. Masukkan ayam dan bunga kantan. Gaul sebati.
7. Selepas ayam nampak masak, masukkan air asam jawa dan daun kesom.
8. Biarkan mendidih. Letak sedikit air.
9. Masukkan bendi. Biar mendidih.
10. Perasakan dengan garam dan gula.
11. Masukkan tomato.
12. Imbangkan rasa dan biar hingga mendidih seketika. Lepas tu tutup dan boleh dihidang.

Monday, June 08, 2020

RESEPI KARI IKAN TENGGIRI TANPA SANTAN


Bahan Kisar
1. Bawang besar - 2 biji
2. Bawang putih - 6 ulas
3. Halia 1 inci
4. Kunyit 1 inci

Bahan Lain
1. Ikan tenggiri - 10 kelar
2. Cili besar (merah) - 2 batang
3. Cili padi - 6 batang (tumbuk)
4. Belacan
5. Tomato - 3 biji
6. Bendi - 10 batang
7. Serbuk kari kari ikan - 5 sb
8. Rempah campur - halba, biji sawi, jintan putih
9. Serbuk cili 1 sb
10. Serbuk ketumbar 1 sb
11. Serbuk jintan manis 1 sb
12. Asam jawa 1 sb
13. Garam & gula secukup rasa

Monday, May 25, 2020

RESEPI KUAH LODEH PEKAT MABELES



Bahan Kisar
1. Bawang besar 4 biji
2. Cili kering 10 biji - rendam dengan air panas selama 10 minit
3. Bawang putih 4 ulas
4. Lengkuas 1 inci
5. Serai 2 batang (bahagian putih sahaja)
6. Buah keras 6 biji
7. Kunyit 1 inci
8. Udang kering 3 sdb (rendam dengan air panas selama 10 minit)
9. Belacan 2 sdk (disangai/bakar dahulu)
1/2 cawan air

Bahan-bahan Lain
1. Tauhu 5 keping - potong 2
2. Lobak 4 biji potong batang mancis
3. Kobis cina potong setengah
4. Tempe 5 keping potong nipis (optional)
5. Su'un ikut selera
6. Santan 1 liter
7. Air 1 liter
8. Garam secukup rasa
9. Gula secukup rasa

Cara-caranya
1. Tauhu dan tempe digoreng terlebih dahulu.
2. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar dan tumis dengan api sederhana hingga pecah minyak.
3. Masukkan santan dan air. Kacau untuk elak santan pecah minyak.
4. Masukkan kobis dan su'un. Masak hingga sayur lembut.
5. Masukkan tauhu dan tempe goreng. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Gaul rata dan tutup api setelah mendidih.

RESEPI SAMBAL GORENG ASLI JAWA



Bahan Hiris
1. Cili api 20 tangkai
2. Cili besar 6 tangkai
3. Bawang merah 10 ulas
4. Bawang putih 10 ulas
5. Halia 1 inci

Bahan Tumbuk
1. Lengkuas 1 inci
2. Ikan bilis 1 setengah genggam

Bahan Potong & Goreng
1. Tauhu 6 keping
2. Tempe 6 keping
3. Kentang 5 biji
4. Kacang panjang
5. Udang
6. Pedal ayam

Bahan-bahan Lain
1. Santan 1 cawan
2. Air asam jawa
3. 3/4 cawan
4. Tauhu kering (fucuk) & so-on (direndam 1 jam)
5. Kicap manis 4 sudu
6. Kicap pekat 5 sudu
7. Gula 3 sudu
8. Garam secukup rasa.

Cara Masak
1. Masukkan lengkuas dan ikan bilis yang ditumbuk ke dalam minyak yg panas. Biar sampai naik bau.
2. Masukkan bahan-bahan hiris. Tumis sampai naik bau.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau sebati.
4. Masukkan santan. Biar sampai menggelegak.
5. Masukkan udang, kacang panjang, pedal ayam, tauhu, tempe dan kentang. Kacau rata.
6. Masukkan kicap pekat dan kicap manis.
7. Masukkan garam dan gula.
8. Biarkan kering sedikit.
9. Masukkan fucuk dan so-on yang telah dipotong-potong terlebih dahulu.
10. Masak hingga kering. Lepas tu dah bole hidang.

RESEPI RENDANG DAGING MINANG



Daging lembu 3kg

Bahan Kisar
1. Serai 7 btg
2. Kunyit 2 inci
3. Halia 2 inci
4. Lengkuas 2 inci
5. Bawang besar 7 biji
6. Bawang putih 1 buku
7. Lada kering 1 genggam (kisar asing)

Bahan-bahan lain
1. Bawang besar 15 biji (hiris)
2. Daun kunyit 5 helai
3. Daun limau purut 1 genggam
4. Santan 2kg
5. Asam keping 2 kpg
6. Gula secukup rasa
7. Garam secukup rasa
8. Cili padi 10 biji - ditumbuk (optional)

Cara masak
1. Masukkan santan ke dalam kuali yg telah dipanaskan.
2. Masukkan bahan kisar, daun kunyit, cili kisar dan bawang hiris.
3. Biarkan sampai menggelegak.
4. Selepas 45 minit, kuah dah nampak kering sedikit, masukkan daging. Kacau dan biarkan utk kering lagi.
5. Selepas 15 minit, masukkan sedikit gula dan asam keping.
6. Selepas 1 jam 30 minit, masukkan 3 sudu teh garam dan limau purut.
7. Biar dan tunggu hingga rendang kering.
8. Selepas rendang kering dan berwarna gelap, matikan api dan boleh dihidangkan.


Tuesday, May 12, 2020

ZAHIN'S HOME BIRTH STORY

MY HBAC STORY
HBAC stands for home birth after cesarean. VBAC, vaginal birth after cesarean. It’s essentially a VBAC performed as a home birth.

***Nota penting***
Setiap kelahiran itu istimewa bagaimanapun caranye.. dan SETIAP IBU itu tetap ibu luar biasa tak kira bagaimanapun cara bersalinnya.. yang aku tulis ni bukan sesuatu yang wajib atau perkara yang haya betul perlakuannya.. dan bukan juga bertujuan mengajak pembaca melakukan perkara yg serupa atau mempromosikan homebirth.. perlu difahami setiap kehamilan & kelahiran itu sgt unik.. cara ini mungkin berjaya utk aku & baby tetapi mungkin tidak sesuai utk ibu & baby yang lain.. so pertimbangan yg sgt wajar amat penting :)

Alhamdulillah! Syukur... terima kasih Ya Allah...

Aku dah selamat lahirkan putera ke-2 merangkap anak ke-4 kami pada hari Selasa, 21 Oktober 2014 pada pukul 4.40 pagi secara home & gentle birth! Allahuakbar.. mcm tak percaya pon ade.. tapi kebergantungan tinggi pada Allah dalam menciptakan badan yg sempurna untuk melahirkan seorang khalifah akhirnya aku berjaya VBAC dengan option home unassisted birth; proses kelahiran tanpa tenaga medik, hanya aku dan suami..

Sebenarnye sebelum masuk minggu ke 36 peknen, aku tgh pening2 memikirkan sama ada nak bersalin normal atau czer.. kalo ikut xnak sakit, mmg nak pilih elective czer tapi terfikir jugak kalo tetiba nak tambah anak lagi 3-4 org, kene la pilih normal birth.. mmg konfius time tu..

Tetiba at 36 weeks, aku tergerak hati nak jenguk grup ICAN  Malaysia / VBAC Support kat FB.. grup yg byk bagi info & support utk kelahiran normal selepas pembedahan.. info2 yg diorang share banyak buat aku tersedar, membuka mata & hati aku tentang keindahan bersalin normal.. so bile aku dah nekad nak VBAC, aku selalu berfikiran positif & visualise perkara yang baik2 je.. sentiasa bersangka baik & bersyukur dengan Allah.. thanx to Sofia Azyze yg rajin layan pertanyaan aku :X

eh panjang lak intro kan.. 

39 weeks & 1 day.. tengahari baru sampai umah balik dr umah MIL kat BP.. kemas2 umah then pas solat Zohor aku tertido keletihan.. nape ntah letih sgt2 rasanye time tu.. terjaga kul 4 lebeh, aku rasa dah ada mild surges.. fyi, setiap anak aku mmg start dr mild surges sampai 12 jam ke kelahiran jadi aku dh bole bajet.. ptg tu jugak aku ajak hasben gi beli tilam, ubat Yunnan Baiyoo, air zam2 (tp abis plak kt kedai) dengan kurma.. preparation utk homebirth.. sebelum tu lagi aku dah amalkan minum 1.5 liter teh daun rasberi dan homeopathy mix birth untuk kuatkan dalaman di samping amik supplement & proper dietry sebab aku GDM (kencing manis ketika hamil).. 

aku pilih drybirth je meaning xde kolam² bagai.. rumah kecik so sempit nak bentang kolam.. so malam tu layan jela surges yg dtg atas tilam baru, plastik pon tak bukak lagi.. aku apply teknik pernafasan hypnobirth & buat pelbagai gerakan, squatting la, hip swing la, all four la, naik turun tangga la sampai anak2 tengok pon pelik je ibu diorang ni.. tapi semua tu mmg membantu kurangkan rasa sakit surges tu.. rasa lebih tenang.. mlm tu jugak aku baru terhegeh2 google 'stages of labor' sbb nak tau bile active labor dengan transitional labor sbb tu je bab aku lom khatam.. hehehe.. pada aku sgt penting tau fasa2 tu sbb sepanjang aku layan contractions ni, aku langsung x kira bape jarak setiap contractions.. sbb aku xnak stress asyik nak kira mende tu.. aku sempat pm pada sis Rosliza Alias pasal uri tapi aku x sempat baca ape yg sis Rosliza reply sbb time tu aku dah masuk surges yg kuat.. xleh dah nak ngadap henfon lg..

bile surges makin mengganas, aku up lagi teknik hypnobirth dengan hummimg.. sambil visualise baby turun lalu birth canal.. aku cakap2 dengan baby yg kami akan sama2 berjaya, aku bgtau baby yg dia anak yg kuat dan pandai cari jalan keluar.. semua aku fikir yang indah2 je.. sambil tu aku x lupa ucap terima kasih Allah sbb bagi aku peluang untuk bersalin normal.. encek suami plak sesiap tidokan anak2 pastu tolong picit2 blakang.. bile aku dah penat menonggeng/all four/squatting, aku baring mengiring belah kanan kat tilam.. aku cuba tido tapi x bole.. just mcm khayal2 jer tapi yg besh khayal perkara yg indah2 dan happy.. Ya Allah bende2 tu buat aku x rasa sgt surges yg datang.. dan perkara paling best aku dapat berzikir sepanjang proses bersalin tu.. dan biler dah masuk active labour di mana surges dtg bertalu2, aku lebihkan zikir dari teknik pernafasan.. Subhanallah mmg terasa sakit menahan surges tu kurang.. encek suami plak sambil urut2 blakang sambil nyanyikan lagu2 zikir.. rasa nak nanges ok sbb selama aku bersalin yg lepas² x pernah rasa ala2 romantik & intimate camni hihihihi.. selama ni bersalin kat spital terikat atas katil dengan strap CTG.. mmg stress gile sbb tahan sakit sorang2 dan xleh nak bergerak bebas.. pastu dokter asyik dtg seluk2 nak tau dah bukak bape cm.. bile homebirth ni cuma ade suami & anak2 je, tu pon anak2 dah tido.. hehehe.. sambil2 tu sempat jugak gurau dgn encek suami, aku cakap kalo x tahan aku nak czer jela.. encek suami plak asyik tanye nak panggil ambulans tak? aku geleng.. 'we can make it' aku cakap & dia angguk je..

area kul 4.00am aku rasa dah masuk fasa transitional labor.. sbb aku rasa berat je kat bawah.. dan surges yg dtg x sekuat time active labor tapi lebih panjang contractionsnye.. mmg rasa nak meneran je.. plus aku rasa mcm nak muntah pon ade.. aku teruskan zikir.. dalam kepala otak ni bz pikir 'eh dah bole teran ke tak ni?' sbb kalo terlalu awal meneran pon nnt rahim bengkak.. so aku rileks dulu, layankn ajer surges.. kul 4.30am, surges yg dtg mmg buat aku mcm nak teran sgt2 so aku tau it's time! aku on all four & bgtau encek suami to get ready, baby is coming out.. so encek suami pon standby kat belakang.. surges dtg jer, aku terus teran dan pop! air ketuban pecah campur darah kemudian kepala baby yang kluar dulu dgn tapak tangan kanan dia kat pipi.. terdengar encek hasben berkali2 megucap 'Allahuakbar' sbb ni adelah first experience dia sambut baby.. encek suami bgtau masa kluar kepala tu, dengan slowly kepala baby berpusing mengadap dia, siap baby bukak mata dan mulut dia gerak2.. sgt amazing kan kuasa Allah! encek hasben tanye 'nak tarik ke camane ni?' sbb baru kluar kepala je so I said 'wait, tunggu contractions dtg lagi'.. pastu aku tanye whether kepala baby ade terbelit cord ke tidak & luckily xde.. then bile another surges come, aku teran dan terus badan baby meluncur ke tangan encek suami..

lepas diazankan, encek suami hulur baby kat aku untuk skin to skin tapi aku luper nak bukak baju.. kekeke.. he's so calm x nangis langsung sampai kami plak risau sbb selalu kan baby kluar2je nangis.. rasa lega bile tengok baby bukak mata & bernafas dgn baik.. my baby 'bersih' sbb mcm xde salut2 vernix tu.. rambut baby byk salut darah kering.. maybe sbb minum air kelapa,org tua2 kata baby bersih.. wallahu'alam.. dalam 10 minit gitu, aku rasa ade surges lagi so aku pon teran & encek suami slowly tarik placenta kluar.. alhamdulillah complete.. first time aku tengok uri! besar jugak rupernye, kembang cam cendawan.. sementara saya 'rooming in' & wat 'delay cord clamping', encek suami bersihkn tempat kejadian.. then lepas sejam, baru encek suami potong tali pusat baby ikat dengan cable tie plastik tu.. trus aku breastfeed baby sbb mulut dia trus kuit2 carik susu sbb time baby masih attached dgn cord, dia langsung xnak latch pon.. anak2 plak dah bangun dan teruja bile tengok adik baby tetiba je dah ade.. hihihihi.. 

Alhamdulillah.. semua selamat.. perasan tu sebenarnye x terungkap dengan kata2.. sangat2 berbeza rasanye compared pada kelahiran yg lepas2.. aku banyak belajar walaupon aku pernah czer, tapi aku mampu untuk bersalin normal sbb aku yakin dengan Allah, aku percayakan badan aku yg mmg diciptakan sempurna utk kelahiran alami dan yg paling utama aku dapat bersalin dengan rasa bahagia dan tenang.. tanpa sebarang CTG, VE (nak cek bukaan), enduce, episotomi, para sorak, tekanan untuk push walaupon xde contraction dan CZER.. Terima kasih Ya Allah :)

**Pukul 8 pagi tu call KK.. warded hospital 5 hari utk Zahin on antibiotics sbb lahir kat rumah; doc monitor utk postpartum infection.. Alhamdulillah semua ok.. semua urusan report, registration dipermudahkan.

Friday, May 01, 2020

MY SELF THERAPY

Thursday, April 23, 2020

Saturday, April 18, 2020

PKP HARI KE-32 : RESEPI AYAM KICAP ALA KAMPONG

Lauk ni antara faveret anak².. banyak kali juge masak lauk ni.. 

Bahan tumbuk:
Bawang putih 4 ulas
Bawang merah 6 ulas
Halia 1 inci

-Lada kering 2-3 tangkai *dikisar
-Bawang holland *potong bulat
-Ayam 1 ekor *gaul kunyit + garam
*goreng separuh masak
-Kentang potong panjang
*goreng separuh masak
-Kulit kayu manis 1 batang sedang
-Cengkih 2 biji
-Bunga Lawang 1 biji
-Buah Pelaga 2 biji
-Kicap pekat ABC 3 sb
-Kicap manis Jalen *sesedap rasa
-Sos tiram 1 sb
-Sos tomato 1 sb

Cara memasak :
1.Tumis bahan tumbuk
2. Masukkan lada kering yg dikisar
3. Letak 4 sekawan (kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
4. Tumis sampai naik bau
5. Masukkan ayam dan gaul rata
6. Tambah sos tiram dan sos tomato
7. Masuk kentang dgn bawang holland
8. Gaul rata
9. Last letak kicap pekat ABC dan kicap lemak manis Jalen 
9. Tambah air utk adjust nak berkuah banyak atau tidak
10. Tutup dengan tudung periuk, biarkan dalam 15 minit - api kecik
11. Sedia utk dimakan.

Saturday, January 11, 2020

DAFTAR MASUK MRSM GEMENCHEH!

First of all, Ummi ucapkan tahniah pada anak-anak yang berjaya masuk ke MRSM dan SBP.. tahun ni hari pendaftaran sebelah-sebelah je.. MRSM 6-1-2020, SBP 7-1-2020..

barang abg Arsyad dah ready packed

6hb Januari 2020 tarikh Abg Arsyad daftar ke MRSM Ulul Albab Gemencheh kat N. Sembilan.. step pertama, buat medical check up kat klinik gomen.. bayar RM1 je.. kejap je buat; siap x-ray, check darah, gigi, tengahari dah siap.. nak buat kat klinik swasta pon bole cuma bayaran lebih mahal range dlm RM70 - RM120.. semua barang-barang Ummi & Ayah dah siapkan sepanjang cuti sekolah.. Ummi siap buat senarai semak barang keperluan Abg Arsyad supaya takde yang tertinggal.. bole la parent buat rujukan.. harga mungkin berbeza ikut tahun dan tempat.. dokumen semua dilengkapkan; paling penting cop pengesahan dari penghulu.. perasaan tu bercampo baur.. neves ade, eksaited ade, risau pon ade..

taklimat di dewan utama

kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 4.30 pagi waktu embun jantan menitis ke bumi dan kedinginan angin malam mencengkam sampai ke tulang sum sum.. Ayah guna highway dari Sedenak exit kat Tangkak.. dari Tangkak kami lalu Selandar, Batang Melaka sebab terlepas simpang ke Air Kuning sbb masa tu signal lost!


Alhamdulillah kami sampai kul 8.00 pagi.. disambut para pelajar senior Moncheh (nama manja MRSM Gemencheh).. semua urusan dibuat di dewan utama dan kaunter dibahagi kpd 2; pelajar lelaki & perempuan.. kul 8.15 pagi kaunter dibuka so Ummi pon gi la que tapi ade insiden sedeh di mana seorang bapa memotong barisan dan melulu ke depan masuk terus kat kaunter.. padahal masa tu depan Ummi ade sorang ibu tgh beratur menuggu giliran.. sungguh xde adab sopan.. mata dia tak nampak ke kami2 yang tengah beratur ni.. Allahu..

barisan pengurusan MRSM GEMENCHEH

Setel semua bayaran (kecuali bayaran Wang Caruman), kami dibawa ke hostel oleh pelajar2 senior.. siap tolong angkatkan barang2 sampai bilik.. Alhamdulillah..Abg Arsyad dapat bilik aras bawah.. so tahun ni Ummi tak semput la nak panjat tangga.. hehehehe.. 1 bilik ade 10 pelajar; 2 org setiap tingkatan.. katil Abg Arsyad kat tengah2 diapit katil senior F2 dan F4.. usai mengemas katil dan almari semua, kul 10.50 pagi kami masuk ke dewan semula sbb kul 11.00 pagi ade taklimat dari Pengetua, dan PIBG Moncheh..

barisan pelajar lelaki.. belum semua yg dtg..

Kul 12.30 tghari, perjumpaan bersama Homeroom.. setiap pelajar dibahagikan kepada beberapa homeroom.. Abg Arsyad homeroom Iltizam; bapa homeroom Ustaz Shazwan Amir.. HR ni bertindak sebagai satu family dan bapa/ibu HR akan jaga pljr2 ni sampai F5.. jika ade ape2 masalah bole rujuk bapa/ibu HR.. bagus jugak begitu kan.. cthnye pelajar tak bole pegang duit lebih dari RM30..  duit boleh diserahkan pada cikgu HR utk dipegang so anak2 kite bole minta pada cikgu HR jika perlukan duit.. bole kurangkan risiko duit hilang atau kecurian..

bacaan ikrar pelajar tingkatan 1

selesai perjumpaan homeroom, break utk solat Zohor.. lepas Zohor taklimat Tasmik pula kat surau.. guru2 tasmik bagi penerangan terperinci ttg perancangan mereka utk pelajar2 ulul albab di Moncheh ni.. Alhamdulillah.. happy Ummi dengar.. tasmik ni tentang subjek hafazan Al Quran.. Ummi doa semoga Abg Arsyad dapat jadi huffaz yang cemerlang di sini.. perjumpaan sampai Asar.. lps Asar, aktiviti bebas keluarga bersama pelajar.. kami keluar carik makan sbb kelaparan.. lepas isi perut, masuk balik dan solat Asar dulu barulah kami beredar pulang.. waktu nak balik tu, mulut Ummi dh jadik mesin bertih jagung pesan macam2 kat Abg Arsyad.. paling Ummi risau camne Abg Arsyad nak baso baju.. hehehe.. masa kami nak beredar tu, mata Abg Arsyad dah bergenang juga.. hati Ummi pon sedih juga tapi Ummi tanak tunjuk depan dia.. Ummi ckp Arsyad bole! kene belajar pandai berdikari dan hormat org.. lps tu kami terus beredar tanpa pusing belakang lagi.. Ummi kuatkan hati; Ummi tak nangis.. cuma nangis dlm hati je.. Alhamdulillah kami smpi umah kul 9.00 malm..


Malam tu kul 11.00 malam Abg Arsyad tepon bgtau sepanjang orientasi, henfon kene pegang dgn abg homeroom so tak bole call.. hepi nye Ummi dpt dengar suara Abg Arsyad.. so bermula la orientasi utk Abg Arsyad..

So tu la coretan pendaftaran Abg Arsyad kat Moncheh.. semoga Abg Arsyad jadi pelajar dan huffaz yang cemerlang :)

Saturday, December 28, 2019

ANUGERAH SEKOLAH AGAMA




Alhamdulillah Ummi syukur pada Allah.. diberi rezeki anak-anak yang ceria & bright.. Abg Arsyad dan Kak Qayla berjaya dapat anugerah di sekolah agama.. Kak Feiyaz xpe.. in sha Allah Kak Feiyaz pon akan menyinar suatu hari nanti.. Ummi tanak terlalu menekan anak-anak.. just go with the flow cuma anak-anak diberi perhatian dan ransangan agar boleh terus maju..

Sunday, December 22, 2019

SBP @ MRSM???

19 Disember 2019 pukul 1 pagi, result SBP keluar.. Alhamdulillah.. dengan izin Allah swt.. Arsyad berjaya dapat tawaran SBPI Selandar yang dia pegi interview haritu..

SBPI Selandar & MRSM Gemencheh.. dedua Ulul Albab.. dedua pilihan pertama.. 

mula² aku dah klik kat bhgn terima..

Dilemma jugak mane satu nak pilih.. dedua sekolah yang bagus.. aku produk SBP so sebenarnye mmg hati berat ke SBP.. tapi suami lebih berat pada MRSM.. suami buat solat istikharah 2 malam tp dia cakap dia nampak tempat yg molek² je.. so kami amik point dr segi fasiliti dan peluang slps spm.. so MRSM la jawabnye.. Arsyad tak kisah mane².. dia ikut je.. semoga Arsyad terua cemerlang.. aamiin..

lps buat keputusan pilih mrsm, aku klik tidak terima..

Wednesday, December 18, 2019

UPKK 2019

Harini keputusan UPKK Arsyad keluar.. Ujian Penilaian Kelas Kafa bagi murid sekolah agama tahun 5.. beriye-iye la nak semak online.. skang zaman semua semak online kan.. sekali bila bukak kene masukkan angka giliran plak.. tanye pada Arsyad, dia tak ingat.. kertas yg ade angka giliran hilang entah kemane..



sib baik la ade option semak melalui sms.. gigih la si ummi nye ni taip.. dekat 30 minit baru dapat balasan.. Alhamdulillah si abang Arsyad dapat 8A.. 

petang pukul 3 dah boleh amik slip kat sekolah.. baru la tau angka giliran.. so ummi tetap nak check online sbb dapat masukkan angka giliran.. hihihihihi

Monday, December 16, 2019

TAWARAN F1 KE MRSM GEMENCHEH


15 Disember pukul 12.13 tghari dpt sms dari Mara utk semakan tawaran. Try bukak link yang diberi pada sms pertama tapi asyik time out maybe ramai yg nak akses. Sengah jam pastu dpt lagi sms ke-2 bgtau tahniah dpt mrsm dan ade link utk semak tawaran. Alhamdulillah anakanda Arsyad dapat MRSM Ulul Albab Gemencheh pilihan pertama. Cuma skang nak tunggu keputusan SBPI Selandar dulu 18 Disember ni. Nnt lps tu baru buat keputusan.

RM0.00 MARA: Pengumuman Keputusan Kemasukan Ting 1 MRSM 2020. Info lanjut sila layari pautan https://www.mara.gov.my/keputusanmrsm2020/

RM0.00 MARA: Tahniah!Anda Berjaya ke MRSM Ting 1.Sila layari https://mrsm.mara.gov.my/semakantawaranmrsmf1 dan sahkan terima/tolak sbelum 5.00pm pd 17/12/19

RM0.00 MARA: Sekiranya tiada pengesahan terima/tolak dibuat sebelum jam 5.00pm pada 17/12/19, anda dianggap menolak tawaran ke MRSM Tingkatan 1

Wednesday, December 04, 2019

TEMUDUGA MRSM ULUL ALBAB


Alhamdulillah.. Arsyad dapat temuduga untuk MRSM Ulul Albab.. haritu masa isi borang online, ummi letak pilihan pertama MRSM Ulul Albab Gemencheh..


Untuk MRSM, pusat temuduga nya dibuat di MRSM Pontian.. syukur lah tempat dekat je.. tak perlu jauh² ke Gemencheh sane.. dpt sms 30/11/2019 dan temuduga 4/12/2019.. diminta menghafal surah Al-kahfi 1-15.. Alhamdulillah Arsyad dh sedia hafal 10 ayat.. tinggal nak hafal lagi 5 ayat.. in sha Allah dia boleh..

hari temuduga, kami pergi awal walaupon ikut surat sesi 10.15 pagi.. singgah sarapan kat Kedai Makan Pokok Ceri di Jelutong - dah dekat pon dgn MRSM Pontian..

sampai MRSM hampir pukul 9 pagi.. parking dekat dewan.. lengang je tak ramai orang.. kedatangan kami disambut pelajar mrsm dan Arsyad terus dibawa ke bangunan sebelah utk sesi temuduga.. tak perlu tunggu smpi kul 10 pagi.. bagus la tak buang masa kan.. mak ayah tunggu dlm dewan.. ade aircond tu yg syiok!

Temuduga MRSM Ulul Albab :
1. Tulisan Jawi - tukarkan 20 perkataan rumi ke jawi
2. Pelajar diberi 8 ayat Al-quran secara rawak - setiap pelajar lain² ayat yg dpt - kene hafal dalam masa 25 minit
3. Bacaan surah Al-kahfi 1-15

Pukul 10.20 pagi Arsyad dah selesai temuduga. Maka bergerak la kami semua menuju ke Toppen utk tengok wayang EJEN ALI..

Wednesday, November 27, 2019

INTERVIEW DI SBPI SELANDAR

Alhamdulillah Arsyad dapat panggilan temuduga utk kemasukan Sekolah Berasrama Penuh Sains Ulul Albab - SBPI SELANDAR.. tempat temuduga kat skola itu jugak di Melaka..waktu nya start kul 7.30 pgi utk pendaftaran..

Jadi kami mulakan perjalanan seawal pukul 4.30 pagi dari rumah. Aku kejut anak² mandi kul 4 pagi.. siap² terus gerak.. nasib baik semua ok tak banyak ragam.. 

Ikut highway then exit kat Jasin... terus je ikut jalan dalam smpi la skola tu.. tak susah pon jalannya.. jumlah pelajar yg dipanggil temuduga seramai 400+.. ade 2 hari, harini dan esok.. sesak dan meriah btol sekolah SBPI Selandar masa daftar; beratur panjang.. lps register Arsyad dapat sesi pertama kul 8.15 pagi.. masa tengah tunggu Arsyad, ade taklimat dari pihak SBPI Selandar.. dia bgtau perkara2 yg berkait sekolah tu.. pukul 9.45 pagi Arsyad dah selesai.. so kami pon beredar pulang.. sempat singgah di Batu Berendam isi perut sbb belum sarapan lagi.. coconut shake kat situ sedap.. air kelapa pula diberi percuma sewaktu makan.. Alhamdulillah dipermudahkan urusan..

Format temuduga TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TMUA) SBPI SELANDAR ni ade 3 bahagian:

1. Hafazan - diberi 30 minit utk menghafal 1 m/surat ayat ² Alquran yang diberi oleh penemuduga (Arsyad dpt hafal 6-7 baris)
2. Bacaan Alquran dengan bertajwid
3. Interview dalam Bahasa Inggeris tentang diri

dan soalan tambahan dari penemuduga

"Kamu minat nak belajar Al-quran?"
Arsyad jawab 'Ya' tapi ditanye lagi
"Betul² nak belajar atau 50-50?"
Arsyad jawab '50-50'... 😅😅😅 hai la anak

Arsyad tengah amik mood


Kami smpi awal dpt daftar awal.. panjang beratur nak daftar..

Thursday, October 10, 2019

HIMPUNAN DOA PILIHAN

Bismillahirrohmanirrohim 
*DO'A PILIHAN*

*CUKUP DIBACA SEKALI SEUMUR HIDUP*

*MARI KITA BACA SEKARANG JUGA* *!*

Do'a keselamatan dari kematian mendadak. 
Di riwayat kan dari Rasulallah SAW, bahwasanya Allah Subhana Wa Ta'alla  berfirman: 
*Wahai (Kekasihku) Muhammad,tidak ada seorang pun dari Ummat Mu yang membaca do'a ini walaupun sekali dalam umur nya kecuali dengan kemulyaan dan keagungan Ku,* 

*Aku akan menjamin untuk nya tujuh perkara* *:* 

*1*: Aku akan angkat kefakiran dari nya.

*2*: Aku akan amankan dia dari pertanyaan Mungkar dan Nakir. 

*3*: Aku akan tuntun jalan nya di Shirat.

*4*: Aku akan menjaga nya dari kematian mendadak.

*5*: Aku akan haramkan neraka atasnya.

*6*: Aku akan menjaga nya dari himpitan kubur.

*7*: Aku akan melindungi nya dari kemurkaan Raja yang jahat dan dzalim.

*BERIKUT INI DO'ANYA* *:*


لَا اِلـهَ اَلٌَااللٌَهُ اَلْجَلِیْلُ الْجَبٌَارُ
*Laa ilaaha illallahul jaliilul jabbaar,*
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْوَاحِدُ الْقَهٌَار
*Laa ilaaha illallahul waahidul qohhaar,*
ُلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْکَرِیْمُ السٌَتٌَار
*Laa ilaaha illallahul kariimus sat taar,* 
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْکَبِیّرُ الْمُتَعَال
*Laa ilaaha illallahul kabiirul mutta 'aal* 
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُوْنَ
*Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan rabban wa syaahidan ahadan wa shamadan wa nahnu lahu muslimuun,*
 لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریْکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُوْن
*Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan rabban wa syaahidan ahadan wa shamadan wa nahnu lahu 'aabiduun,*
َلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ قَانِتُوْن
*Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan rabban wa syaahidan ahadan wa shamadan wa nahnu lahu kanituun,*
َلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ صَابِرُوْنَ
*Laa ilaahaillallahu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan rabban wa syaahidan ahadan wa shamadan wa nahnu lahu shabiruun,*
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّه
*Laa ilaaha illallaahu Muhammadar rasuulullah,*
اللَّهُمَّ اِلَیْکَ فَوٌَضْتُ اَمْری،
، وَعَلَیْکَ تَوَكَّلْتُ يَا اَرْحَمَ الرٌَاحِمٍیْنَ. 
*Allohumma ilaika fawadh'tu amrii,wa 'alaika tawak kaltu yaa arhamar rahimiin,*
اللَّهُمَّ صَلٌِ عَلَى مُحَمَّدٍ وآلِ مُحَمَّدٍ كَما صَلٌَیْتَ عَلَى اِبْرَاهِیْم وَآلِ اِبْرَاهِیْم اِنٌَکَ حَمِیْدٌ مَجِیْدُ
*Allahumma shalli 'alaa Muhammad wa ali Muhammad kamaa shallaita 'alaa Ibrahiim wa ali Ib'rahiim innaaka hamiidum majiid,*
وَبَارِکْ عَلَى مُحَمَّدٍ وآلِ مُحَمَّدٍ كَما بَارَکْتَ عَلَى اِبْرَاهِیْم وَآلِ اِبْرَاهِیْم فِي الْعالَمينَ اِنٌَکَ حَمِیْدٌ مَجِیْدُ. 
*Wa baarik 'alaa Muhammad wa ali Muhammad kamaa barakta 'alaa Ibrahiim wa ali Ibrahiim fil 'aalamina innaka hamiidum majiid.*

Wednesday, April 24, 2019

KALKULATOR FIDYAH

KIRAAN BAYARAN FIDYAH PUASA
klik dan masukan tahun puasa yg di tinggalkan hingga thn bila, bilangan hari x puasa..automatik keluar jumlah fidyah.. mudah kan..dah ada kiraan nya...

http://www.zakatns.com.my/v5/kalkulator/fidyah.php

Friday, April 05, 2019

SUPPLEMENT SEMASA MENGANDUNG

ALHAMDULILLAH!!! baby zidane dah umo sebulan :)..

Alang² ade yg bertanya camne nak menghadapi saat² nak delivery, labour & seangkatan dgnnya, meh aku share benda² yg aku buat, pakai etc.. masa stat pregnant, aku amik Blackmores Pregnancy & Breastfeeding Gold.. aku google, semua khasiat dh ade dalam sebijik kapsul dia.. so xyah pening2 nak cari supplement itu ini utk nak complete zat.. pregnancy sebelum² ni aku just amik minyak ikan je.. btw, pil dari hospital aku makan juga sbb tanak membazir.. syukur alhamdulillah sbb tekak aku mampu terima ubat hospital..

Heath & Heather Organic Raspberry Leaf Tea - (20 sachets) | Lazada D'aura Kapsul Softgel Minyak Kelapa Dara - MINYAK KELAPA DARA D'AURA     

bila masuk minggu ke 35, aku consume minyak kelapa dara (vco) jenama d'aura dlm bentuk softgel.. aku tak mampu nak telan if dlm bentuk cecair.. pregnancy sebelum² ni aku tak pernah consume pon VCO tapi 5th pregnancy ni terlebih rajin buat homework so aku bace VCO ni banyak khasiat & manfaatnye.. salah satu ofkos la senangkan bersalin sbb bersifat licin.. stat minggu ke 36, aku minum air teh daun rasberry; stated that it help to strengthen your pelvis muscle.. sbb nak teran baby, kene kuat la kan.. and one more item yang aku purchased from my former MMU fren is EO Labor Blend.. harga dia RM35/10ml bottle.. EO ni bantu ibu yang tengah hadapi labor untuk lebih tenang juga utk badan kite rileks.. sbb sapu EO labor ni time bila dah start rasa sakit contraction yg sikit2 tu.. semua ni bole carik kat shopee..

JUAL BLACKMORES PREGNANCY N BREASTFEEDING GOLD 120 CAPSULE


Tu je benda yg aku amalkan utk 5th pregnancy ni.. selebihnya tawakal dan doa pada Allah dipermudahkan urusan kelahiran.. Alhamdulillah

Thursday, April 04, 2019

BERSALIN TANPA RASA SAKIT PART 2


Hari ke 2 @ HSA
aku bangun pagi² siapkan diri, siapkan brg² baby utk ke LR nnt.. nurse suruh makan dulu sblm gi checkup sbb lps gi checkup diorang nak hantar ke LR.. aku makan roti dan minum air oren yg Zu beri sbb time tu sarapan belum smpi.. 

Oh btw masa mandi pagi tu aku check dah turun darah @ mucus plug.. rasa happy jugak sbb tu tanda baby dh on da way tp cuak sbb mengingatkan kesakitan yang bakal dirasai.. ibu mane yg pernah lupa kesakitan menahan contraction kan.. mmg aku dah stat nervous gila..


Zidane fresh frm oven.. muka masih sembab

Masa gi checkup, Dr check bukaan aku dah 5cm.. mcm tak percaya pon ade sbb aku langsung tak rasa sakit.. tapi bersyukur sgt sbb tak perlu kene induce.. Dr cakap dh bole admit LR dan tunggu je utk normal delivery.. so nurse sorong aku ke LR bilik no.5.. as usual la rutin if kat LR; kene baring kene strap utk CTG (pengesan jantung baby).. masa ni encek somi bole masuk temankan sampai waktu nak bersalin.. sepanjang mase aku berdebar tau nak tunggu rasa contraction tu tp aku pelik nape kali ni dh opening 5cm masih tak rasa ape² lagi.. encek suami plak sepanjang dia temankan aku kat LR dia bacekan mathurat, surah yasin dgn waqiah.. alhamdulillah suasana pn rasa tenang.. tiap kali nurse masuk akan tanye 'dari 0-10 takat mane rasa sakit puan?' aku jawab 0 sbb mmg tak rasa ape² pon.. aku mmg ada rasa perut ni mengeras² tanda baby tengah contraction tp sakit tu takde..


Zidane ready nk berangkat ke NICU

Kul 10 lebeh ke 11 lebeh aku tak ingat, Dr check bukaan dalam 6cm.. progress lambat tp so far CTG baby ok tapi Dr nak cepat so dia nak aku induce pitosin 😭😭 cuak gile aku.. tapi mmg hari tu Allah bagi aku rezeki dipermudahkan urusan kelahiran, Dr offer sekali dengan Epidural.. aku mcm tercengang² sbb taktau plak hospital kerajaan ade epidural.. takut jugak kene caj ke sbb setau aku epidural ni mahal.. 

Dr terangkan epidural hanya dioffer pada ibu² yg report dia cantik; tak berisiko tinggi.. dan setiap hari ade kuota.. hanya ibu² yg bersalin office hour je dpt offer sbb Dr Bius hanya keje ofis hour.. dan hanya hospital² besar kerajaan je ade.. yg penting epidural ni free! So why not aku try kan.. lagipon aku fikir ni kire my last labour.. Dr bius dtg utk masukkan epidural.. proses cucuk² tu amik masa 30 minit.. yg best nye epidural ni kite bole setting nak dos rendah atau tinggi; cth Dr set rendah dulu, andai masa contraction tu sakit korang bole tekan utk tambah dos epidural tu supaya tak rasa sakit contraction tu.. class gitewwww! 

Masa berlalu.. tik tok tik tok.. walaupon dah masuk induce pitosin (secara drip), rasa sakit still belum kunjung tiba; rasa biasa2 je mcm bukan nak bersalin.. thanks to epidural jugak kot.. nurse pon heran dari awal admit tahap sakit aku semua 0 padahal nurse dah naikkan dos pitosin aku (which sepatutnya dah tahap sakit yg menggila).. tapi aku memang ada rasa perut mengeras2 cuma tulah labour pain tu takde.. masuk Zohor, Dr check dh 8cm.. dia tekan² periksa sane sini last² dia cakap 'dah bole push ni, no need tunggu 10cm'.. Dr cina perempuan; muda dan cantik.. dia ni mmg bagus.. dia guide sampai baby keluar.. masa tu ramai ok jadi tukang sorak.. laki aku sah² la kan dia lagi semangat sbb ni 1st time dia dpt masuk labour room tengok aku bersalin hihihi.. nurse² dalam 4-5 org pon sama² sorak bagi semangat.. awal2 push keluar kepala je, so Dr cina tu tahan dgn jari dia.. 'cepat push, jgn biar kepala baby lama².. kene push semua keluar'.. kali ni mcm mencabar sket masa push, rasanye sbb pengaruh epidural dan aku tak rasa sakit contraction so bila tak rasa ape2 main push2 je jadi lambat baby nak keluar sbb aku tak jumpa tune dia hehehe.. pengalaman aku sebelum² ni kite push seiring dgn contraction that will make the process faster.. at last kul 1.52 ptg lahir la seorang putera dgn berat 3.7kg & panjang 50cm.. encek somi sambut & trus azankan.. aku sempat tanye Dr cina tu nape tade gunting? Sbb selama aku bersalin normal kat hospital semua kene gunting.. Dr cina tu jawab 'buat ape I nak gunting.. you punye bole stretch apa' dia senyum.. tak putus² aku ucapkan terima kasih pada Dr dan semua nurse kat situ.. seronok sgt sbb tak kene jahit.. baby besar ok tp berjaya tak kene gunting & takde tear.. syukurnyeee.. aku belek² Zidane; lebat betul rambut dia siap dgn remos.. tp baby aku bersih tak byk selaput ketuban putih tu.. rahsianye kene rajin minum air kelapa stat kandungan 7 bulan.. aku dh amalkan petua ni sejak anak pertama lagi..

kul 10 mlm Zidane dh unite dgn ummi kat wad..
tengok kulit zidane..
semua kecut mcm brownies kedut.. hihihihi

Cuma kesan pitosin & epidural buatkan badan aku lenguh dan letih 1 badan.. pastu rasa mengantuk sgt.. lps labour tu, aku susukan kejap Zidane lps tu baby kene bawak ke wad NICU utk checkup sbb aku GDM.. encek somi ikut baby.. kul 3 baru nurse tolak aku naik ke wad.. masa tu si Zu dh siap2 nak discaj.. aku cuma mampu tegur dia kejap je lepas tu aku tertidor.. tak sedar bila Zu balik..

Aku sedar² dah kul 8 malam.. badan masih rasa lenguh2.. bangun bersihkan diri dan buat air nestum kurma.. nikmatnye.. air panas mmg wad sediakan cuma kene bawak termos.. kul 10 malam nurse dtg tolak troli Zidane.. hepinyee.. tp stress balik sbb susu susah nak keluar.. kesian Zidane.. aku tido kejap² je sbb Zidane tak tido dia lapo.. tp aku tetap gigih jugak la susukan dia.. 

Hari ke 3 @ HSA..
Kul 8 pagi Dr round dan check ibu n baby.. so far semua ok.. yang penting baby dah kencing dan berak.. so Dr kate ptg dh bole discaj.. Alhamdulillah yeyey balik umah..


Nurse dh siap mandikan Zidane.. montel betul budak 3.7kg ni hihihi
So tu la pengalaman lahirkan Zidane.. Allah bagi peluang bersalin tanpa rasa sakit sikit pon.. terima kasih Ya Allah atas nikmat Mu ini..
Related Posts with Thumbnails