Thursday, November 19, 2020

UDANG BUTTERMILK

Sunday, November 15, 2020

IKAN KELI MASAK CEKUR


Saturday, November 14, 2020

PANDORA EMAS DAN BATU JED

Mostly perempuan sukakan barang perhiasan, right? Termasuk la ummi jugak terutamanye emas dan batu jed.

Bulan lepas, ummi byk 'melabur' kat kedai emas beli charms dengan beads yg mcm pandora tu. Tetiba xtau la suka sgt dgn pandora emas ni sbb dia comel² kot. Design charms dan beads pon pelbagai sampai rambang mata nak pilih. Tapi ummi pilih design pandora ni ikut ape yg design tu beri makna pada kehidupan ummi.

Yup.. pada ummi, hiasan pandora ni secara tak langsung melambangkan personaliti seseorang sbb kite akan pilih design² pandora ni ikut yg kite suka. So sbb ummi sukakan emas dan batu jed so ummi hias rantai tangan pandora tu dgn batu jed sekali.
So kat sini ummi tunjukkan design² charms & beads yg ummi pilih serta sbb ummi pilih design tu 🥰
SAFETY CHAIN - utk secure agar gelang pandora tak terus terbuka dan jatuh.
MINI PANDORA - sbb suka pandora
PERFUME - sbb byk koleksi perfume
CAMERA - ummi mmg suka fotografi
SEMPOA - suka kire² duit kikikiki
BEG LV - impian nak beg lv 1 hihihihi
LOGO CHANEL - nampak cantik 
BUNGA - sbb bunga cantik
DURIAN - ummi hantu durian
LOVE - hidup ini perlukan cinta
DAUN - hidup ini mcm daun, tiba masa akan gugur
BEAD GLITTER - ummi suka benda yg glitter²
MOTOR RXZ - kenangan dgn suami zaman muda²
TREBLE CLEF - muzik sebahagian hidup

So nampakkan ummi selang² kan dengan batu jed sbb batu jed pon lawa :)

Sunday, September 20, 2020

MY BESDAY SELF REWARD

Alhamdulillah.. masih diberi nafas utk meneruskan kehidupan ini..

13 September genap 38 tahun ummi memghirup udara dunia.. walaupon banyak dugaan dlm hidup ni, ummi belajar redha sbb semua tu atas perancangan Allah swt.. siapalah ummi utk menidak atau memarahi takdir Allah swt..

Ahad 13 tu penyelaras ummi, cikgu Din sponsor kek besday.. so ummi masakkan cikgu² dan anak² didik kesayangan ummi makaroni sup tomato 🎂🍲🍅

Esoknye Isnin, alang² submit insurans claim for exora kat BBU, ummi singgah kedai DeAurora nak tengok² bracelet dgn charms.. tapi takde rezeki, bracelet takde yg cukup panjang utk tangan ummi.. carik beads urup M pon takde.. 

16 September cuti Hari Malaysia so mostly kedai emas ade bagi hamper & free gift.. bajet² kunun nak pegi jengah la haritu tp taktau la nape ummi malas nak kluar.. just relax² je kat umah.. dalam hati dah detik 'takpe la tak dapat hamper.. hamper je pon'.. sebenarnye pujuk hati.. hukhukhuk

Tetiba hari Jumaat tu rasa semangat plak.. hihihi.. pagi² dah siapkan anak² semua.. tak dpt cari kat BBU, ummi cari kat DeAurora BP plak.. sampai kedai ummi dgn 2 bodigad setia tu si anak dara turun.. Ayah dgn the boys just tunggu dlm kete.. bajet tak lama pon sbb mmg target cari bracelet pandora & beads urup M je..

Alhamdulillah.. dapat jugak ape yg dihajati.. ni self reward utk diri ummi.. ummi mmg tak minta² pd Ayahnye sbb ummi tau kemampuan dia.. cukuplah ummi self reward bila ade rezeki lebih dalam simpanan ummi; lepas tolak semua komitmen yg ummi tanggung..

Rupenye bila bayar, kedai beri hamper, voucher RM3/g dan free gift.. Ya Allah dapat jugak hamper walaupon sebenarnye hati dh redha tak dapat masa lepas 16/9 tu.. 

ALHAMDULILLAH REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT ❤️

Monday, August 24, 2020

MIANG KHAM

Saturday, August 01, 2020

BAYU BALAU BEACH RESORT

It started when  I saw my fren Nurul post about this resort in her whatsapp status.. nampak menarik dan I did my research.. tanye SIL sbb dia akan balik ujung bulan 7 dgn MIL and SIL ok dan setuju.. so ummi pon bukak website dia utk booking tarikh 30/7/2020 (Khamis).. ummi amik 2 bilik standard queen dgn harga promo RM140/room.. kebetulan tarikh tu skola ummi dgn anak² cuti peristiwa..

pic credit to mr.Google

30 JULAI 2020
Pagi² kemas rumah dulu.. SIL dgn MIL bertolak dr KL kul 8am.. so bajet by noon kitorang dh bole gerak ke Desaru pakai satu kereta je.. full house Exora.. hehehe.. Alhamdulillah sampai Tg Balau kul 2.10pm.. check-in kul 3pm so kitorang gi ke Kg Nelayan kat sebelah resort utk alas perut dulu.. cantik pemandangan Tg Balau ni tapi area kat resort ni takde kawasan pantai landai so tak sesuai utk mandi manda..

pic credit to mr.Google
Bangunan utama utk check-in
After check-in, dapat bilik sebelah² je.. bilik kitorang nombo 310 & 312.. blok pertama dari bangunan utama.. parking kereta pon dekat je.. budak² ni excited sgt nak mandi kolam so lps je tuko baju terus gi kolam.. kolam dia simple je but ok.. nice view and menenangkan jiwa sbb nampak ke laut lepas dr kolam.. beli boya kat kedai Eco rm2.10 je so bak kate member Ummi kalo hilang pon tak rasa bersalah.. hehehe.. Ummi dgn Ayah pon join main pool.. layan si kecik Zidan.. gilir² bawak Zidan naik gelongsor air.. Alhamdulillah semua anak² Ummi happy.. seronok tengok diorang happy gurau² masa mandi kolam.. si Zidan tak padan kecik; dia slow² turunkan kaki dia kat pool dewasa so bila kaki dia tak jejak dia cepat² naik balik.. hai la budak mischievous ni.. pukul 5 lebeh kitorang balik semula ke bilik..

pic credit to mr.Google
Bilik kami blok belah kanan tu tingkat bawah
Lepas maghrib kitorang keluar carik makan utk dinner.. pegi ke arah bandar Penawar.. pusing² situ last² pilih kedai makan AuntyG.. tapi yg sadisnye makanan sampai lepas 1 jam order.. pastu paprik campo abis, sambal belacan abis.. dah la tengah lapo jadi bila makan tu rasa tak enjoy.. pangkah AuntyG lepas ni.. huhuhu.. pas makan, terus balik resort.. malam tu takde ape sgt.. tengok tv pastu ZZZzz

AuntyG servis lambat :(
31 JULAI 2020
Awal² pagi si Qayla dah bangun sebab nak mandi kolam.. kul 8am anak² semua dah tuko baju gi mandi kolam.. SIL join ke kolam tengokkan budak² tu sbb Ummi dgn Ayah plus Zidan nak carik sarapan.. pakej yg Ummi amik ni takde sarapan sbb under promo.. kalo nk sarapan kat resort kene bayar dewasa RM15, budak RM10.. memula carik kat kg sebelah tapi semua tutup sbb hari raya haji agaknye so kene la stat enjin gi jalan² carik sarapan..

Ni kawasan utk kanak2
gelongsor air dia simple je
View dari bilik kami
bangunan depan tu restoran
pool depan tu je

Pukul 9 lebih tetiba hujan so the kids have to stop la.. balik bilik trus mandi & siap².. kitorang lepas brekpes terus sesiap & kemas packing barang².. by 11am, kitorang dah check-out.. pegi ke Muzium Nelayan tapi sadly tutup under renovation.. so terus kitorang menuju ke Teluk Sengat nak tengok buaya.. Dari Tg Balau ke Teluk Sengat lebih kurang 30 minit perjalanan naik kete je.. betul² tepi laut Taman Buaya tu.. pemandangan kat sini pon cantik.. nampak jambatan 'Pulau Pinang' SDE yg cantik tu.. tiket masuk taman buaya RM8 dewasa & RM4 kanak².. teruja betul kitorang tengok buaya² yg umo seratus tahun ke atas.. saiz buaya² kat sini pon beso².. puas hati datang tengok..

ni buaya2 umo dalam puluh2 tahun
kawasan Taman Buaya

Lepas setel round Taman Buaya, kitorang pegi ke Muzium Kota Johor Lama tak jauh dari situ.. sampai sane kitorang tak turun pon cuma tengok dari dalam kete je sbb bangunannye macam tak bukak sebab tingkap² dan daun pintunye tertutup.. masa balik dari muzium tu, berhenti tepi jalan kejap kat kubur lama Temenggong Johor atau Makam Bidan; melihat seni nisannya yang berusia dari abad ke-16.. pastu kitorang gi kat Medan Selera Teluk Sengat untuk lunch tapi bukan rezeki; semua kedai masih belum bukak.. maybe awal sgt kot kitorang sampai dalam kul 1.30 ptg.. so kitorang teruskan perjalanan balik ke Pontian.. Alhamdulillah

pic credit to mr.Google

pic credit to mr.Google

Tuesday, June 09, 2020

RESEPI ASAM PEDAS AYAM


Bahan Kisar
1. Bawang besar 2 biji
2. Bawang putih 6 biji
3. Halia 1.5 inci
4. Kunyit 1 inci
5. Lengkuas 0.5 inci

Bahan Lain
1. Ayam 1 ekor
2. Bunga kantan 1 batang (belah 2)
3. Serai 1 batang (diketuk)
4. Daun kesom 1 genggam
5. Asam jawa 2 sb
6. Belacan
7. Cili padi 6 biji (tumbuk)
8. Cili kisar 6 sb
9. Tomato 3 biji
10. Bendi 10 batang

Cara Masak
1. Panaskan minyak masak
2. Masukkan cili api yg ditumbuk, gaul smpi naik bau.
3. Masukkan serai
4. Masukkan bahan kisar dan gaul hingga sedikit garing dan dan naik bau.
5. Masukkan cili kisar dan belacan dan biar sampai pecah minyak.
6. Masukkan ayam dan bunga kantan. Gaul sebati.
7. Selepas ayam nampak masak, masukkan air asam jawa dan daun kesom.
8. Biarkan mendidih. Letak sedikit air.
9. Masukkan bendi. Biar mendidih.
10. Perasakan dengan garam dan gula.
11. Masukkan tomato.
12. Imbangkan rasa dan biar hingga mendidih seketika. Lepas tu tutup dan boleh dihidang.

Monday, June 08, 2020

RESEPI KARI IKAN TENGGIRI TANPA SANTAN


Bahan Kisar
1. Bawang besar - 2 biji
2. Bawang putih - 6 ulas
3. Halia 1 inci
4. Kunyit 1 inci

Bahan Lain
1. Ikan tenggiri - 10 kelar
2. Cili besar (merah) - 2 batang
3. Cili padi - 6 batang (tumbuk)
4. Belacan
5. Tomato - 3 biji
6. Bendi - 10 batang
7. Serbuk kari kari ikan - 5 sb
8. Rempah campur - halba, biji sawi, jintan putih
9. Serbuk cili 1 sb
10. Serbuk ketumbar 1 sb
11. Serbuk jintan manis 1 sb
12. Asam jawa 1 sb
13. Garam & gula secukup rasa

Monday, May 25, 2020

RESEPI KUAH LODEH PEKAT MABELES



Bahan Kisar
1. Bawang besar 4 biji
2. Cili kering 10 biji - rendam dengan air panas selama 10 minit
3. Bawang putih 4 ulas
4. Lengkuas 1 inci
5. Serai 2 batang (bahagian putih sahaja)
6. Buah keras 6 biji
7. Kunyit 1 inci
8. Udang kering 3 sdb (rendam dengan air panas selama 10 minit)
9. Belacan 2 sdk (disangai/bakar dahulu)
1/2 cawan air

Bahan-bahan Lain
1. Tauhu 5 keping - potong 2
2. Lobak 4 biji potong batang mancis
3. Kobis cina potong setengah
4. Tempe 5 keping potong nipis (optional)
5. Su'un ikut selera
6. Santan 1 liter
7. Air 1 liter
8. Garam secukup rasa
9. Gula secukup rasa

Cara-caranya
1. Tauhu dan tempe digoreng terlebih dahulu.
2. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar dan tumis dengan api sederhana hingga pecah minyak.
3. Masukkan santan dan air. Kacau untuk elak santan pecah minyak.
4. Masukkan kobis dan su'un. Masak hingga sayur lembut.
5. Masukkan tauhu dan tempe goreng. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Gaul rata dan tutup api setelah mendidih.

RESEPI SAMBAL GORENG ASLI JAWA



Bahan Hiris
1. Cili api 20 tangkai
2. Cili besar 6 tangkai
3. Bawang merah 10 ulas
4. Bawang putih 10 ulas
5. Halia 1 inci

Bahan Tumbuk
1. Lengkuas 1 inci
2. Ikan bilis 1 setengah genggam

Bahan Potong & Goreng
1. Tauhu 6 keping
2. Tempe 6 keping
3. Kentang 5 biji
4. Kacang panjang
5. Udang
6. Pedal ayam

Bahan-bahan Lain
1. Santan 1 cawan
2. Air asam jawa
3. 3/4 cawan
4. Tauhu kering (fucuk) & so-on (direndam 1 jam)
5. Kicap manis 4 sudu
6. Kicap pekat 5 sudu
7. Gula 3 sudu
8. Garam secukup rasa.

Cara Masak
1. Masukkan lengkuas dan ikan bilis yang ditumbuk ke dalam minyak yg panas. Biar sampai naik bau.
2. Masukkan bahan-bahan hiris. Tumis sampai naik bau.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau sebati.
4. Masukkan santan. Biar sampai menggelegak.
5. Masukkan udang, kacang panjang, pedal ayam, tauhu, tempe dan kentang. Kacau rata.
6. Masukkan kicap pekat dan kicap manis.
7. Masukkan garam dan gula.
8. Biarkan kering sedikit.
9. Masukkan fucuk dan so-on yang telah dipotong-potong terlebih dahulu.
10. Masak hingga kering. Lepas tu dah bole hidang.

RESEPI RENDANG DAGING MINANG



Daging lembu 3kg

Bahan Kisar
1. Serai 7 btg
2. Kunyit 2 inci
3. Halia 2 inci
4. Lengkuas 2 inci
5. Bawang besar 7 biji
6. Bawang putih 1 buku
7. Lada kering 1 genggam (kisar asing)

Bahan-bahan lain
1. Bawang besar 15 biji (hiris)
2. Daun kunyit 5 helai
3. Daun limau purut 1 genggam
4. Santan 2kg
5. Asam keping 2 kpg
6. Gula secukup rasa
7. Garam secukup rasa
8. Cili padi 10 biji - ditumbuk (optional)

Cara masak
1. Masukkan santan ke dalam kuali yg telah dipanaskan.
2. Masukkan bahan kisar, daun kunyit, cili kisar dan bawang hiris.
3. Biarkan sampai menggelegak.
4. Selepas 45 minit, kuah dah nampak kering sedikit, masukkan daging. Kacau dan biarkan utk kering lagi.
5. Selepas 15 minit, masukkan sedikit gula dan asam keping.
6. Selepas 1 jam 30 minit, masukkan 3 sudu teh garam dan limau purut.
7. Biar dan tunggu hingga rendang kering.
8. Selepas rendang kering dan berwarna gelap, matikan api dan boleh dihidangkan.


Related Posts with Thumbnails