Monday, May 25, 2020

RESEPI KUAH LODEH PEKAT MABELES



Bahan Kisar
1. Bawang besar 4 biji
2. Cili kering 10 biji - rendam dengan air panas selama 10 minit
3. Bawang putih 4 ulas
4. Lengkuas 1 inci
5. Serai 2 batang (bahagian putih sahaja)
6. Buah keras 6 biji
7. Kunyit 1 inci
8. Udang kering 3 sdb (rendam dengan air panas selama 10 minit)
9. Belacan 2 sdk (disangai/bakar dahulu)
1/2 cawan air

Bahan-bahan Lain
1. Tauhu 5 keping - potong 2
2. Lobak 4 biji potong batang mancis
3. Kobis cina potong setengah
4. Tempe 5 keping potong nipis (optional)
5. Su'un ikut selera
6. Santan 1 liter
7. Air 1 liter
8. Garam secukup rasa
9. Gula secukup rasa

Cara-caranya
1. Tauhu dan tempe digoreng terlebih dahulu.
2. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar dan tumis dengan api sederhana hingga pecah minyak.
3. Masukkan santan dan air. Kacau untuk elak santan pecah minyak.
4. Masukkan kobis dan su'un. Masak hingga sayur lembut.
5. Masukkan tauhu dan tempe goreng. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Gaul rata dan tutup api setelah mendidih.

No comments:

Related Posts with Thumbnails