Tuesday, June 09, 2020

RESEPI ASAM PEDAS AYAM


Bahan Kisar
1. Bawang besar 2 biji
2. Bawang putih 6 biji
3. Halia 1.5 inci
4. Kunyit 1 inci
5. Lengkuas 0.5 inci

Bahan Lain
1. Ayam 1 ekor
2. Bunga kantan 1 batang (belah 2)
3. Serai 1 batang (diketuk)
4. Daun kesom 1 genggam
5. Asam jawa 2 sb
6. Belacan
7. Cili padi 6 biji (tumbuk)
8. Cili kisar 6 sb
9. Tomato 3 biji
10. Bendi 10 batang

Cara Masak
1. Panaskan minyak masak
2. Masukkan cili api yg ditumbuk, gaul smpi naik bau.
3. Masukkan serai
4. Masukkan bahan kisar dan gaul hingga sedikit garing dan dan naik bau.
5. Masukkan cili kisar dan belacan dan biar sampai pecah minyak.
6. Masukkan ayam dan bunga kantan. Gaul sebati.
7. Selepas ayam nampak masak, masukkan air asam jawa dan daun kesom.
8. Biarkan mendidih. Letak sedikit air.
9. Masukkan bendi. Biar mendidih.
10. Perasakan dengan garam dan gula.
11. Masukkan tomato.
12. Imbangkan rasa dan biar hingga mendidih seketika. Lepas tu tutup dan boleh dihidang.

No comments:

Related Posts with Thumbnails