Sunday, September 16, 2012

PENGORBANAN SEORANG ISTERI

Pengorbanan seorang isteri...

seboleh mungkin dia akan cuba menutup kesusahan hidupnya bersama suami demi menjaga maruah suami kerana dia tidak mahu kaum keluarganya memandang rendah pada suaminya. menjaga rahsia rumah tangga dan ‘aib’ suami menjadi perjuangan dalam hidupnya.

dia tidak pernah merungut kenapa dia harus menanggung sakit bersalin dan berpantang lepas bersalin. sebaliknya dia boleh tersenyum selepas mengalami kesakitan yang tidak tertanggung sewaktu bersalin. selepas berhempas-pulas bersabung nyawa, beberapa minit kemudian dia boleh melemparkan senyum puas bila menatap wajah suami dan wajah anak yang masih merah. bukan cerita sakit bersalin yang diluahkan pada suami, tapi cerita gembira menimang cahaya mata.

sanggup memilih hospital kerajaan ketika bersalin walaupun dia tahu waktu melawatnya terhad dan dia akan bersalin hanya ditemani bidan tanpa suami di sisi kerana mahu menjimatkan perbelanjaan suaminya.

dia hanya senyum dan tertawa apabila rakan-rakannya heboh bercerita tentang hadiah hari ulangtahun perkahwinan mereka mendapat perhiasan emas. walaupun hatinya terdetik mahu tapi dia tahu kemampuan si suami maka lebih baik dia berdiam diri.

suka membelikan suami hadiah ketika keluar ke mana-mana walaupun suaminya tidak pernah berbuat begitu. sedih hatinya bila hadiah yang diberi sering dikomen suami.

sanggup melawan emosi dan berusaha memberi anak susu badan demi menjimatkan perbelanjaan keluarga.

selalu memikirkan keadaan suami lebih dari keadaan dirinya sendiri.

sanggup berusaha memasak dari makan di luar supaya dapat berjimat.

sering terpaksa melupakan hasrat untuk berpakain cantik, berkasut cantik, berhandbag cantik demi untuk menampung perbelanjaan keluarga jika bajet suami tidak mencukupi.

tidak pernah berkira setiap kali terpaksa menanggung perbelanjaan harian jika duit suami tidak mencukupi.

cukuplah dikatakan bahawa sebagai suri dalam rumah tangga, si isteri umumnya menanggung (suffer) banyak perkara. seorang isteri sanggup berkorban kerana dia rela mengutamakan, mendahulukan dan melebihkan suami berbanding dirinya.

memang kadangkala dia merungut. memang dia ada membebel dan mengungkit. memang dia ada meluahkan rasa sakit hati bila melihat suami berehat-rehat ketika dia sibuk melakukan ops dapur, ops bilik air, ops bilik tidur, ops halaman dan pelbagai ‘ops’ lagi. kerana bukan semua suami yang mahu berkongsi melakukan kerja-kerja di rumah, bukan semua suami bersikap ‘sporting’ dan tahu menghargai susah payah seorang isteri.

dia mengharap sedikit tanda berterima kasih dari suami tetapi tidak sanggup meluahkannya dengan kata-kata. hanya gerak-geri atau ‘bahasa badannya’ saja yang berbicara. kalau suami faham, fahamlah. jika tidak, isteri selalunya akan hanya memendam perasaan. hatinya mengharap dan meminta tanpa kata-kata. atau dia akan meluahkan rasa di atas kertas. bila suami dilihat langsung tidak menghargai, waktu itu mungkin coretan di kertas mengganti lidah berbicara.

suami yang faham akan menambah motivasi untuk isteri melalui ucapan terima kasih, kata-kata pujian, belaian, kasih sayang, sikap prihatin, turut membantu dan sekali-sekala memberinya hadiah. segala penat, segala lelah dan segala penanggungan akan hilang bila semua itu suami hargai.

2 comments:

rozietaraffar said...

betul, sye amat² setuju...
tapi acapkali pihak suami kurang perihatin

Ms.Rainna said...

lelaki tidak sesensitif perempuan.. sbb tu diorang ni slalu xperasan body langage kite..

Related Posts with Thumbnails