Saturday, February 07, 2009

jadi.student.balik

tadaaa!! caner? ok x? saje je tuko layout biar nampak tenang sket. lagipon suka sgt ngan gamba baju baby ni. cam blog baby plak :P dah lame dah aku edit bende alah ni. lepas godeh2 dalam sejam, dah jadi camni.


selasa aritu rasmi la aku jadi student IPIK. yang hantar aku time register for sure mr.gits & mak. altamis tinggal umah. ayah xdapat datang sbb kene monitor umah yg tengah renovate. orientasi just 2 hari je memandangkan kami dah 2nd batch. time ni kene pakai baju skolah; baju kurung putih & kain hitam. pas orientasi baru pakaian cam biasa. 2nd batch ni just ade 70+ jer & mostly amik pend. khas - masalah pembelajaran. kali ni lelaki pon ramai; hampir sama ramai ngan pompuan tapi xleh nak ngurat la kan sebab kebanyakkan pon dah jadi bapak budak. keh keh keh!


ade gak 2 org pompuan yg daftar tu preknen. BARU preknen xsampai sebulan tapi maktab xnak terima sebab sepanjang kpli ni banyak buat aktiviti berat. lagipon kalo nak sorok2 pon bahaye coz dah ade kes b4 ni kantoi preknen so kene buang & terpaksa bayar rm80,000 sbb pecah kontrak, automatik nama bleklis. perghh kalo aku pon xsanggup kene camtu. pada aku, suami ni kene la amik peranan. dah tau isteri mintak kpli, jgn la tembak dalam kan??? sian kat isteri kene mintak banyak kali. tu lom konfem dapat. tu la yang selalu aku ingatkan kat encek suami. jangan selfish nak sedap jer. isteri tu sendiri pon kene tegas.


memandangkan maktab xsedia kan ostel, so kitorang kene la sewe umah. eventho aku stay sg buloh, aku decided nak stay umah sewe area maktab ni. ramai ekceli yang berulang dari umah ke maktab atas alasan ANAK even umah agak jauh. bukan aku xsayang anak tapi bila ditimbang imbal, kelebihan terletak kat umah sewe. at least every week aku balik. so aku rasa aku buat keputusan yang betul. biarlah encek suami plak pikul tanggungjawab lebeh sket. ni seme pon untuk famili kitorang gak kan? hosmet aku pon seme mak2 budak tapi diorang dari negeri lain la. at least bila kongsi2 cerita anak, xde la teruk sangat. cuma 1st night tu asyik teringat jugak la kat altamis. biasala sifat ibu kan. sentiasa conscious right? ape2 pon semenye aku serah pada Allah. tawakal je semoga semuanya baik2.


skang ni aku kat umah la. kalo kat maktab & umah sewe, aku xonline sbb aku lom bawak laptop. eppynye cuti sampai hari isnin maka aku bole bersama sikenit lebih lama. pas dah xjumpa 2-3 hari, bila jumpa altamis semula, rasa dia ni makin membesar & makin cerdik & makin kuat membebel. alahai anak bujangku sorang ni. sori la sayang ye sbb terpaksa tunda nak kasi adik. tappe pas mami abes kpli, mami cuba kasi sepasang adik kat altamis k as bayar utang. kah kah kah!!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails