Friday, August 22, 2014

ASAM PEDAS MELAKA

Salam Jumaat

Arini hari berkabung 1Malaysia due to ketibaan jenazah MH17...

Ekceli dah lama teringin nak masak asam pedas melaka yg letak limau purut.. asyik tangguh je.. tapi arini teman MIL gi pasar trus beli bahan2 nak wat asam pedas melaka.. lawan dgn sayur goreng sawi cina kecil yg sedap dan manis tu.. Alhamdulillah ngan hasben2 pon terangkat makan.. rasa hepi bila orang tersayang enjoy makan 😙😙😙

Resepi ni saya mintak kat rakan guru.. sbb dia selalu masak..

asam pedas melaka
Bahan-bahan:
Seekor ikan tenggiri
Halba secubit
Biji sawi 1/2 sudu kecil
Asam jawa
Serai 2 btg
Daun kesom 5 btg
Daun limau purut 3 helai
Bendi
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak 3/4 cawan

Bawang besar 1bj*
Bawang merah 6bj*
Bawang putih 2bj*
Belacan 1 in*
Kunyit 1 in*
Halia 1 in*
Cili giling 4 senduk*
Jintan manis secubit*
Jintan putih secubit*
*dikisar bersama

Cara-caranya:
• Tuang minyak, bila dh panas masukkn halba & biji sawi, biar kekuningan sket.
• Masukkan bahan kisar, gaul dan biar sampai sambal masak & garing.
• Letak serai & daun limau purut, gaul rata.
• Letak gula dan garam.
• Masukkan ikan tenggiri.
• Masukkan air asam jawa ikut sukatan masing2 depend korang nk masam dan pekat mcmane ye.
• Letak daun kesom dan biarkan mendidih.
• Akhir sekali letak bendi dan tutup api
○Jgn lupa rasa kuah.. ejas la mane yg patut ye :)

hirup camtu je pon sedappp ♡♡♡

No comments:

Related Posts with Thumbnails