Wednesday, December 29, 2004

TRAGEDI PILU DALAM PERKAHWINAN BARU

malas nak apdet pasal last week.. hehehe.. ok la aku citer serba ringkas jer.. last week famili aku dtg tetiba.. pagi sabtu aku dpt msg dr ayah yg dia dah ade kat umah acik aku kat Bandar Baru Bangi.. so pagi tu dia amik aku kat MMU and ptgnye bertolak gi umah Mandak kat Klang coz esoknye (ahad) dah plan nak gi Wet World kat Shah Alam.. woohoo!!

actually aku nak citer pasal sebuah kisah cinta.. jiwang sket mode pepagi buta nih.. well citer nih aku bace kat komik Detektif Conan.. kisah pasal Sayuri (pompuan) and Toshihiko (lelaki).. aku ni tak pandai sgt bab nak citer2 ni tapi aku try the besh la supaya citer jadik jiwang sket.. hehehe.. Sayuri and Toshihiko bercinta kat univ and today tibe la masa dorang kawen.. Sayuri ade faveret - suka sgt minum air limau dlm tin.. so on da wedding day, her beshfren brought her the drink la.. then Sayuri cakap kat Conan yg dia always teringat kat her first boifren time kekecik dulu coz bf dia ni suka belikan air limau.. tp biler Toshihiko masuk, dia soh Conan senyap.. Toshihiko sound Sayuri nape still nak minum air limau on her wedding day.. tetiba Sayuri kissed Toshihiko and said 'Jangan risau. Aku akan dtg nanti' sambil senyum.. semer org kehairanan ngan sikap sayuri tetiba.. tak lama pastu tetiba Sayuri pengsan and polis sah kan yg Sayuri terminum racun.. tp sib baik la sempat hantar ke hospital.. siasat punye siasat rupe2nyeh org yg bubuh racun dlm air limau Sayuri adelah Toshihiko.. mmg giler terkejut.. nape sampai kejam giler nak racun bakal isteri sendiri.. so Toshihiko pon bukak citer bahwa dia berdendam ngan ayah Sayuri atas kematian ibu dia.. so dia nak balas dgn cara berkapel ngan Sayuri sbb pada Toshihiko yg Sayuri ni tatau ape2..
'PANG!'
beshfren Sayuri - si Kazumi terus tampo Toshihiko.. Kazuki pon citer bahawa Sayuri dah lama tau pasal kisah Toshihiko dgn ayahnya.. even masa nak kawen pon Sayuri amat risau memikirkan camane nak selesaikan permusuhan antara ayah dia dan Toshihiko.. dan Sayuri dapat tahu bahawa Toshihiko lah bf dia time kekecik dulu yg suka belikan air limau.. sebenarnye Sayuri dah nampak Toshihiko letak racun dlm air limau dia tp dia tetap minum sbb dia sayangkan Toshihiko and tau yg Toshihiko buat camtuh utk balas dendam ibunya so Sayuri sanggup korbankan diri dia.. sbb tu dia kiss Toshihiko sbb dia tau dia berkemungkinan mati minum racun tu.. tp da ending, Sayuri dpt diselamatkan and they married after Toshihiko kuar dr penjara..

sebenarnye aku rasa terharu time bace citer nih.. kesanggupan seorang perempuan mengorbankan diri sendiri utk org yg dia sayang.. even dia tau yg org tu nak bunuh dia, sanggup lagi minum racun tu utk tebus dosa ayah dia.. mebbe pada certain people, Sayuri tu pompuan bodo tp pada aku cinta tu buat kita buta.. cinta jugak mengajar kite hakikat kehidupan.. dan ini menunjukkan betapa naluri seorang perempuan adelah bersifat lembut dan sensitif.. haa aku ade terbace dlm majalah Pengantin - Mengenali Hati Wanita (lelaki kene bace plis!!)

1. Wanita ingin perhatian, dibelai dan kasih sayang terutamanya dr orang yg disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan n kasih sayang yg tiada nilai kpd mereka. Apabila mereka berasa terhibur dan bahagia, mereka akan jadi seorang pasangan yg amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yg mutlak telah didambakan kpd orang yg disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai.

2. Gunakan sepenuhnya teknologi yg ada zaman skang dgn menelefon atau hantar emel utk bertanya khabar. Paling minima ucapkan 'hai' utk menunjukkan bahawa si dia sering di hati anda. Bagi mereka, walaupon satu ungkapan atau ayat, ia sesuatu yg sgt berharga dan bahagia menerimanya.

3. Jangan ambil remeh temeh ttg perkara yg amat penting bagi wanita. Mereka mempunyai daya ingatan yg kuat terhadap tarikh2 penting cthnya hari ulang tahun. Apa salahnya sekali sekala buat kejutan kpd orang yg anda sayangi.

4. Wanita terkenal dgn sifat manjanya. Mereka sering melakukan sesuatu bersama dgn orang yg disayanginya. Mereka meminta bantuan anda walaupon mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya anda tiada halangan ketika itu.

5. Pujuklah dan tenangkan si dia, sekiranya dlm kesusahan. Ketika ini si dia benar2 inginkan anda di sisi mereka.

6. Cuba fahami keinginan dan kemahuannya. Sesetengah wanita tidak suka mengatakan secara berterus terang tentang apa yg mereka inginkan. Kadang2 wanita suka berkias atau memberi contoh 'cerita org lain' kepada anda. Jadi, lelaki hendaklah peka dan gunakan kepakaran anda utk memenangi hati mereka.

*fuhh panjang lak entry arini.. penat tgn aku menaip tp tappe berbaloi dan ade benefit..

-i disconnect-

No comments:

Related Posts with Thumbnails